PESTA BUAH-BUAHAN DAN AGRI-MAKANAN 2008

10-13 Julai 2008

Kampong Parit Recreation Park

 
MAKLUMANMakluman.html
KATEGORIKategori.html
MINGGU PELADANG
SEMINARSeminar_GAP.html
LOKASILokasi.html
GALERIGaleri.html
PERTANIANhttp://www.agriculture.gov.bn

MINGGU PELADANG ASEAN KE 14

TAMAN REKREASI KAMPONG PARIT,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

10-14 Julai 2008

ASEAN FARMER’S WEEK atau MINGGU PELADANG ASEAN  adalah program tahunan yang dianjurkan di kalangan negara-negara anggota ASEAN dimana giliran sebagai negara penganjur adalah saperti yang telah ditetapkan oleh Kumpulan Kerja Sektoral ASEAN mengenai Latihan dan Pengembangan Pertanian [ ASEAN Sectoral Working Group on Agricultural Training and Extension]. Program tersebut menyedia tempat atau venue untuk mengadakan perbincangan dan mesyuarat tidak formal dan lawatan ke ladang-ladang pengeluaran produk pertanian tempatan termasuk aktiviti perikanan. Program ini diadakan semasa penganjuran aktiviti pertanian setempat di mana peladang di negara penganjur akan turut terlibat dalam aktiviti tersebut.


Negara Brunei Darussalam telah di berikan penghormatan selaku tuah rumah dan penganjur Minggu Peladang ASEAN ke14 bagi tahun 2008, di mana acara tersebut akan di adakan bersempena Pesta Buah-Buahan dan Agri-Makanan 2008, yang juga serentak dengan pelancaran ASEAN GAP.


Secara lazimnya, setiap negara anggota ASEAN akan memilih dan menghantar dua orang peladang untuk menghadiri acara tersebut yang juga di sertai oleh seorang pegawai. Semasa acara tersebut, kesemua peladang dan jemputan dari negara anggota ASEAN akan menghadiri acara peresmian Pesta Buah-Buahan dan Agri-Makanan 2008, ASEAN GAP dan Minggu Peladang ASEAN. Seterusnya, para peladang dan pegawai yang terlibat akan mengikuti Seminar ASEAN GAP yang akan diadakan selama dua hari dan di ikuti dengan program lawatan keladang-ladang di Kawasan Kemajuan Pertanian Batumpu, projek perikanan dan ladang buah-buahan.

TUJUAN DAN OBJEKTIF

Minggu Peladang ASEAN 2008 di anjurkan oleh Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam dengan objektif seperti berikut:


♣Untuk menambaheratkan lagi hubungan di kalangan peladang dan pegawai-pegawai yang terlibat dan mempertingkatkan hubungan rakan niaga industri agribisnes di rantau ASEAN.


♣Untuk memberikan kesempatan kepada peladang dan pegawai ASEAN yang terlibat untuk bertukar-tukar pandangan, pengalaman, maklumat, kemahiran dan teknologi dalam pembangunan pertanian yang akan menggalak penubuhan kumpulan atau persatuan peladang di negara masing-masing.


♣Untuk memberikan peluang kepada peladang tempatan menguji kemampuan mereka dalam membantu menggendalikan program tersebut.

♣Untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran aspek-aspek dalam peladangan pertanian bagi menepati pengeluaran hasil yang berkualiti  

ACARA DAN AKTIVITI

Minggu Peladang ASEAN akan di adakan dari 11 hinga 14 Julai 2008, bertempat di Taman Rekreasi Kampong Parit, Mukim Pengkalan Batu, Negara Brunei Darussalam. Acara dan aktiviti yang di sediakan untuk para pengunjung dan peserta peladang dari negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:


Pesta Buah-Buahan dan Agri-Makanan 2008.

Pesta tersebut adalah untuk memberikan peluang  mengetahui dan memahami mengenai industri pertanian di negara dengan objektifnya untuk menggalak dan memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai buah-buahan tempatan dan kelebihannya.


Ruang Pameran dan Jualan Produk Pertanian.

Ruang-ruang pameran dan jualan ini adalah di bukakan kepada peserta tempatan dan luar negeri yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peserta mempamerkan produk dan teknologi terbaik yang boleh di tawarkan untuk jualan dan kegunaan di pasaran ASEAN atau rantau Asia.


Kegiatan Tempatan.

Aktiviti ini memperlihatkan kepada para pengunjung, demonstrasi dari persatuan wanita mengenai kebolehan mereka memproses buah-buahan tempatan untuk dijadikan produk makanan, jem dan makanan tempatan.

Versi InggerisWelcome.html

PENGENALAN