PESTA BUAH-BUAHAN DAN AGRI-MAKANAN 2008
10-13 Julai 2008
Kampong Parit Recreation Park
PESTA BUAH-BUAHAN DAN AGRI-MAKANAN 2008
10-13 Julai 2008
Kampong Parit Recreation Park
SEMINAR ASEAN GOOD AGRICULTURAL PRACTICE (ASEAN GAP)
Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan Batu,
11-12 Julai 2008
Taman Rekreasi Kampong Parit
Jalan Mulaut - Limau Manis
ASEAN GAP ialah piawaian voluntari bagi amalan perladangan yang baik-‘Good Agricultural Practice’ [GAP] yang digunakan sebagai garispandu kepada amalan-amalan pertanian yang baik dalam aktiviti-aktiviti pengeluaran, penuaian hasil dan penggendalian lepas tuai bagi produk buah-buahan dan sayur-sayuran dirantau ASEAN. Amalan-amalan yang terkandung dalam ASEAN GAP bertujuan untuk mencegah atau mengurangkan risiko bahaya yang dihadapi semasa proses diatas. Risiko dihadapi yang terkandung dalam ASEAN GAP meliputi aspek keselamatan makanan, impak kepada alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja dan kualiti produk.
Perdagangan global bagi buah-buahan dan sayur-sayuran segar semakin meningkat apabila perdagangan menjadi lebih terbuka. Perubahan carahidup pengguna dirantau ASEAN dan keseluruhan dunia telah mendorong kehendak bagi jaminan yang buah dan sayur-sayuran adalah selamat untuk dimakan dan berkualiti, dihasilkan dan diperolah dengan kaedah yang tidak menjejaskan alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan kebajikan para pekerja.
Impak terhadap tren tersebut ialah peningkatkan keperluan dari para penjual untuk mematuhi program-program GAP dan penglibatan dari pihak kerajaan untuk menyediakan keperluan-keperluan perundangan dalam aspek keselamatan makanan, pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan, keselamatan dan kebajikan para pekerja.
Negara-negara anggota ASEAN mempunyai amalan perladangan, infrastruktur dan keadaan cuaca yang sama. Perlaksanaan program-program GAP dikalangan anggota ASEAN adalah berbeza, dimana sebilangan negara telah mempunyai sistem perakuan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan sebilangan lagi baru sahaja memulakan program kesedaran GAP kepada para peladang.
Tujuan ASEAN GAP adalah untuk meningkatkan keseragaman program-program GAP dirantau ASEAN. Ini akan memudahkan dagangan dikalangan negara anggota ASEAN dan juga dipasaran global, meningkatkan viabiliti atau keupayaan peladang, dan membantu pembekalan makanan yang selamat dan pemeliharaan alam sekitar secara mampan.
Skop ASEAN GAP meliputi pengeluaran, penuaian hasil dan penggendalian lepas tuai buah-buah dan sayur-sayuran segar diladang dan ditempat dimana penggendalian lepas tuai hasil-hasil tersebut dikendalikan untuk jualan. Produk yang boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada keselamatan makanan seperti tauge dan produk-produk segar yang dipotong, tidak terkandung dalam skop ASEAN GAP. ASEAN GAP boleh digunakan bagi semua sistem pengeluaran tetapi ianya bukan piawaian bagi perakuan produk-produk organik atau bebas GMO.
TUJUAN DAN SKOP
BAGAIMANA ASEAN GAP DIBENTUK
Dalam pembentukan ASEAN GAP, beberapa siri bengkel telah diadakan yang melibatkan perbincangan dikalangan perwakilan dari negara anggota ASEAN dan pasukan penyelaras projek [Project Team] dari Australia. Diperingkat awal, bengkel menumpukan kepada membincangkan pengalaman perlaksanaan program-program GAP di Malaysia, Thailand, Singapura dan Filipina. Sistem-sistem perakuan dan garispandu GAP dari negara-negara lain didunia juga turut direbiu dan dibincangkan.
STRUKTUR ASEAN GAP
ASEAN GAP mengandungi empat modul yang meliputi keselamatan makanan, pengurusan alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja dan kualiti produk. Setiap modul boleh digunakan secara bersendiri atau digabungkan dengan modul-modul yang lain. Kaedah ini membolehkan perlaksanaan ASEAN GAP secara progresif, tertakluk kepada keutamaan negara masing-masing.