FRUITS AND AGRIFOOD FAIR 2008

10-13 July 2008

Kampong Parit Recreation Park

 
WELCOME
CATEGORIESCategories.html
FARMERS’ WEEKFarmers_Week.html
SEMINARSeminar.html
LOCATIONLocation.html
PHOTO GALLERYPhotoGallery.html
AGRICULTUREhttp://www.agriculture.gov.bn

FRUITS AND AGRI-FOOD FAIR 2008

10 - 13 July 2008

Kampong Parit Recreation Park, Jalan Limau Manis,

Brunei Darussalam


incorporated with:


Local Fruit Trees Planting Campaign /

ASEAN Farmers’ Week and ASEAN GAP Seminar


organised by


Department of Agriculture

Ministry of Industry and Primary Resources

Brunei Darussalam

Malay VersionMakluman.html

PRESS RELEASE (Malay Version)


PESTA BUAH-BUAHAN DAN AGRI-MAKANAN 2008

10-13 Julai 2008


Pesta Buah-Buahan Dan Agri-Makanan 2008 telah diadakan di Taman Perayaan Kampong Parit, Jalan Mulaut-Limau Manis, Negara Brunei Darussalam pada 10-13 Julai 2008.  Pesta tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Awang Haji Ahmad Bin Haji Jumat, Menteri Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama.  Majlis tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama, Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama, Duta-Duta, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, pengusaha-pengusaha, peladang-peladang dan para peserta dari negara-negara ASEAN.


Pesta yang bertemakan 'Buah Tempatan Warisan Negara : Cintai dan Hargai', adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk menanam pokok buah-buahan asli tempatan; mempromosikan buah-buahan sebagai makanan berkhasiat dan menyihatkan; memberikan peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan bahan-bahan pertanian dan khidmat nasihat; dan juga untuk menarik pelaburan dalam komoditi buah-buahan.


Pesta ini akan diadakan selama 4 hari dan ianya diselajurkan dengan Kempen Penanaman Pokok Buah-Buahan Tempatan dan Minggu Peladang ASEAN.


Kempen Penanaman Pokok Buah-Buahan Tempatan adalah salah satu program Jabatan yang mana kempen ini akan dikendalikan bersama dengan pihak Kementerian Pendidikan yang melibatkan murid-murid sekolah rendah darjah 4 hingga darjah 6 dan penuntut-penuntut sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5.


Antara lain tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dan mendidik di kalangan generasi baru mengenai kepentingan pemuliharaan (conservation) pokok buah-buahan asli tempatan; mengelakkan daripada kepupusan buah-buahan asli tempatan; mengekalkan warisan bangsa dan Negara; meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan khususnya buah-buahan asli tempatan; dan meningkatkan hasil buah-buahan untuk dijadikan sebagai bahan yang boleh ditambah nilai bagi pasaran nic.


Pokok benih buah-buahan yang diagihkan akan ditanam oleh murid-murid sekolah di kawasan rumah masing-masing yang mana telah pun dibahagikan kepada beberapa zon mengikut kesesuaian tanah.


Jenis-jenis pokok buah yang akan diagihkan termasuklah asam aur-aur, nangka, cempedak, mempelam, tampoi, pengalaban, tarap, kembayau, durian kuning, durian otak udang galah, belunu dan membangan.


Selain daripada penglibatan penuntut-penuntut sekolah, pihak Jabatan Pertanian juga akan melibatkan peladang-peladang Kemajuan Pertanian Pertanian Luar Bandar (KPLB) dan individu-individu yang berminat untuk menanam pokok buah-buahan asli tempatan.

 

Pada permulaan kempen ini, pihak Jabatan Pertanian akan mengagihkan sebanyak 17,000 anak benih buah-buahan dimana 5,000 pokok untuk penuntut sekolah dan selebihnya akan diagihkan kepada peladang dan orang ramai.  Dalam perancangan jangka panjang , pihak Jabatan Pertanian akan mengagihkan 100,000 pokok dalam masa lima tahun ini.


Manakala Minggu Peladang ASEAN, adalah salah satu dari  komitmen Negara Brunei Darussalam dalam mesyuarat ASEAN Working Group in Agriculture Training and Extension (AWGATE), satu Kumpulan Kerja Sektoral yang ditubuhkan untuk merangka dan melaksanakan program latihan untuk para pengendali pengembangan pertanian dan peladang dari Negara-Negara ASEAN.


Program Minggu Peladang ASEAN  diadakan pada setiap tahun di mana setiap negara ASEAN akan menjadi tuan rumah secara bergilir-gilir dan pada tahun ini program ini diadakan di Negara Brunei Darussalam.


Program Minggu Peladang ASEAN  ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peladang-peladang dan pegawai yang terpilih untuk berkenal-kenalan, bertukar-tukar pandangan, maklumat, pengalaman, teknologi dan kepakaran yang bersesuaian di dalam bidang pembangunan pertanian di antara negara-negara ASEAN untuk dipraktikkan di negara masing-masing dan secara langsung menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perladangan bagi meningkatkan kecekapan (mutu perladangan) mereka dalam bidang perusahaan yang diceburi.


Di antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan disepanjang Pesta Buah-Buahan Dan Agrimakanan 2008 tersebut termasuklah:

•Business matching – di mana pengusaha dan peserta pameran akan ditemukan untuk berbincang dengan peniaga atau businessman yang berminat dengan produk-produk yang dipamerkan.

•Tunjukcara penanaman dan pemeliharaan pokok buah-buahan

•Tunjukcara mengubah buah-buahan

•Ceramah kesihatan mengenai khasiat buah-buahan

•Pertandingan melukis dan merwarna bagi kanak-kanak

•Kuiz

•Sukan Ria dan


Pesta ini akan dibuka untuk kunjungan orang ramai pada Hari Khamis 10 Julai 2008 bermula jam 2 petang hingga 6 petang dan hari Jumaat hingga Ahad 11-13 Julai 2008 bermula jam 9 pagi hingga 8 malam.  Pada hari Jumaat pesta akan ditutup sementara bermula jam 12 tengahari hingga 2 petang.