Header image  
 
line decor
    HOME    VISION    ORGANISATION    NEWS AND EVENTS    PRESS RELEASE    MIPR Portal    BRUNEI GOVERNMENT    FAQ
line decor
 
 
 
 

 
 
FREQUENT ASKED QUESTION

MALAY VERSION

FUNGSI UNIT KHIDMAT NASIHAT

  1. Apakah fungsi Unit Khidmat Nasihat?
    • Membantu menggalakkan penyertaan aktif usahawan pertanian,
    • Memudahkan usahawan sektor agribisnes untuk menceburi, membangun dan mengeksploitasi potensi sektor agribisnes,
    • Membantu meningkatkan dayasaing usahawan melalui pembangunan kapasiti,
    • Mewujudkan rangkaian kerjasama dan perhubungan diantara mereka,
    • Memberi khidmat nasihat/konsultasi serta taklimat berhubung dengan peluang dan informasi semasa agribisnes,
    • Bantuan kewangan dan jaringan urusniaga dalam sektor agribisnes.
  2. Apakah perkhidmatan yang diberi oleh unit ini?
    i. Memudahkan Pembangunan Agribisnes
    ii. Memudahkan Usahawan Sektor Agribisnes
    iii. Penyediaan Feasibility Study & Business Plan
    iv. Membantu Meningkatkan Dayasaing Usahawan Agribisnes
    v. Memberi khidmat nasihat/konsultansi vi. Menyelaras skim kredit kewangan
  3. Apakah jenis perkhidmatan yang diberi bagi memudahkan pembangunan agirbisnes?
    i. Menyediakan framework perancangan yang melibatkan arah haluan peluang-peluang pelaburan dalam sector agribisnes
    ii. Program dokongan yang berupa insentif & kemudahan pelaburan
    iii. Pembangunan kapasiti usahawan
  4. Bagaimanakah cara untuk memudahkan usahawan sector agribisnes?
    • Dengan mengadakan taklimat & perbincangan – memberikan maklumat, panduan, rujukan kepada usahawan yang berminat.
  5. Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan penyediaan feasibility study & business plan?
    • Membantu dalam penyediaan kajian kemungkinan projek yang berpotensi untuk pelaburan.

 

INSENTIF PERTANIAN

  1. Apakah tujuan Insentif Pertanian yang diberikan oleh Jabatan Pertanian?
    • Insentif input pertanian disalurkan sebagai bantuan Jabatan Pertanian ke arah membantu pengusaha untuk memajukan industri pertanian di dalam menyumbang kepada ekonomi negara.
  2. Matlamat pemberian insentif?
    • Dihasratkan sebagai bantuan penggerak dan penggalak kepada pengusaha bagi mencapai dan memantapkan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti tinggi dan berdayasaing secara berterusan.
  3. Apa objektif Jabatan Pertanian menyalurkan bahan insentif untuk peladang dan pengusaha di Negara Brunei Darussalam ini?
    • Objektif asal adalah bagi mengurangkan kos pengeluaran dalam usaha Jabatan Pertanian menyalurkan program pemindahan teknologi melalui kaedah-kaedah pembangunan pertanian. Antara lain objektif insentif input pertanian ini adalah :
    a. Untuk mempercepatkan pemindahan teknologi pengeluaran kearah meningkatkan produktiviti pertanian.
    b. Menyalur input dan kemudahan asas ke arah mendokong penghasilan produk pertanian yang kompetitif
    c. Menyalurkan segala informasi yang bersesuaian didalam sistem perladangan.
    d. Menggalak pengusaha tempatan untuk bergiat aktif dalam industri pertanian.
  4. Berapa jenis kategori bantuan insentif yang disalurkan ?
    i. Keperluan asas seperti tanah dan infrastruktur asas.
    ii. Keperluan khusus:
    o Benih tanaman,
    o Baka ternakan ruminan,
    o Baja,
    o Kawalan kesihatan ( racun,vaksin,garam gilat ),
    o Peralatan ladang ternakan (Pump air, pagar dawai berduri,plastik mulching, vegetable netting, dawai berduri, cucuk hidung ternakan, tag telinga ternakan),
    o Jentera pembajak (Power tiller, pam air,power mist duster, mini tiller, ) dan mesin ( penggirik padi, pemotong padi ),
    o Perkhidmatan jentera pembajak ( traktor, power tiller),
    o Pemeliharaan parit utama projek.
    iii. Dokongan harga – Skim bantuan pembelian harga padi
    iv. Bantuan skim insentif pengeluaran high-tech dikhususkan untuk pengusaha yang berminat untuk menceburi bidang pengeluaran sayur-sayuran komersial dengan menggunakan sistem penanaman hidroponik. Bantuan skim ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian:
    o Bantuan peralatan (Atap, dinding, pam air, planting trough, styrofoam dan media tanaman).
    o Bantuan pakej (Disalurkan melalui syarikat pembekal yang telah dilantik oleh pihak Jabatan Pertanian).
    v. Bantuan khidmat kepakaran vi. Dokongan promosi pemasaran vii. Perkembangan urusniaga bagi tambahan kawasan tanah dan infrastruktur Asas.
  5. Bagaimanakah untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan bantuan insentif tersebut?
    • Dengan mengisi borang-borang yang disediakan:
    o Borang A – Borang Pendaftaran mendapatkan Bantuan (Insentif) Input Pertanian (B$1.00)
    o Borang B - Borang Perkhidmatan mendapatkan Bantuan (Insentif) Input Pertanian (B$1.00)
    o Borang C - Borang Perkhidmatan mendapatkan Bantuan Perkhidmatan Jentera Pembajak (B$1.00)
    o Borang D – Borang permohonan mendapatkan bantuan perkhidmatan makmal-makmal Pertanian (B$1.00 setiap perkhidmatan)
    o Borang D(1) – Borang pemeriksaan musuh perosak/penyakit tanaman o Borang D(2) – Borang permohonan analisis makmal mikrobiologi makanan
    o Borang D(3) – Borang permohonan deria makanan
    o Borang D(4) – Borang permohonan analisis kimia makanan
    o Borang D(5) – Borang permohonan analisis lepas tuai
    o Borang D(6) – Borang penghantaran & penerimaan specimen
    o Borang D(7) – Borang analisa sample produk ternakan
    o Borang D(8) – Borang laboratory analysis (import & export)
    o Borang E – Bantuan skim padi boring penyertaan & pendaftaran (B$1.00 setiap perkhidmatan)
    o Borang E(1) – Borang pengakuan penerimaan padi o Borang F – Borang permohonan pengawalan Babi Hutan (B$1.00)

 

INSENTIF INPUT PERTANIAN

  1. Mengenai dengan bantuan (Insentif) Input Pertanian, apakah syarat-syarat untuk mendapatkan?
    i. Terdiri daripada penduduk rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam
    ii. Mestilah berdaftar dengan Jabatan Pertanian
    iii. Projek atau perusahaan hendaklah dalam kawalan Jabatan Pertanian
    iv. Keadaan ladang yang memuaskan dan produktif v. Mempunyai tenaga pekerja sepenuh masa
    vi. Telah bergiat aktif tidak melebihi 10 tahun
    vii. Tidak menyalahgunakan skim insentif yang diberi seperti dijual
    viii. Mempunyai keluasan ladang a. 0.2ha – Tanaman hidroponik dan tanaman terlindung b. 0.4ha – Tanaman sayur (konvensional), pelbagai tanaman dan tanaman hiasan c. 2.0ha keatas – Tanaman buah-buahan
  2. Bagaimana hendak mendaftar dengan Jabatan Pertanian untuk mendapatkan (Insentif) Input Pertanian ini?
    • Hendaklah mengisi borang pendaftaran mendapatkan (Insentif) Input pertanian [Borang A] dengan harga B$1.00
  3. Dimanakah tempat untuk mendapatkan borang tersebut?
    • Borang tersebut boleh didapati di Unit Kemajuan Pertanian di Daerah masing-masing
  4. Berapa lamakah proses bagi mendapatkan bantuan (Insentif) input pertanian?
    • 14 hari (waktu berkerja) tertakluk kepada bekalan stok dan syarat-syarat permohonan.
  5. Dimanakah tempat pengagihan bahan (Insentif) input pertanian?
    • Stor Pusat Mulaut, Jalan Ban 6 Kilanas, Mulaut
    • Projek Kemajuan Pertanian Tanah Jambu, Kg Tanah Jambu, Jalan Muara
    • Projek Kemajuan Pertanian Batang Mitus, Tutong
    • Stesen Pertanian Birau, Kg Birau, Tutong
    • Stesen Pertanian Sungai Liang, Seria
    • Stesen Pertanian Selangan, Kg Selangan, Temburong

 

SKIM KREDIT KEWANGAN

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan SKP & SKM?
    • SKP - Skim Kemudahan Perusahaan dan SKM - Skim Kewangan Mikrokredit
  2. Apakah matlamat SKP & SKM?
    • Mempercepatkan pembangunan perusahaan dan perniagaan pengusaha-pengusaha rakyat Melayu dalam aktibiti-aktibiti pengeluaran produk berasaskan sumber-sumber utama dan penghasilan produk hiliran.
  3. Objektif SKM & SKP?
    • SKP adalah untuk membolehkan pengusaha-pengusaha yang sedia ada agar dapat mengembangmajukan perusahaan dan perniagaan mereka sehingga mencapai ke tahap ekspot.
    • SKM adalah untuk memudahkan pengusaha-pengusaha tempatan mendapat kemudahan pinjaman dan memulakan aktibiti perusahaan secara kecil-kecilan.
  4. Apakah peranan Jabatan mengenai SKP & SKM?
    • Memberi sokongan, penilaian dan pandangan bagi permohonan kertas kerja yang dihadapkan daripada pihak Bank(kertas kerja sektor pertanian sahaja) dan mengesahkan perlaksanaan projek dan memberi ulasan serta pandangan mengenainya bagi tuntutan-tuntutan.
  5. Berapa lamakah proses sokongan permohonan dari pihak Jabatan bagi mendapatkan SKM & SKP?
    • Proses sokongan 1 bulan (waktu berkerja dan jika tiada masalah berbangkit).
  6. Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan bagi SKM & SKP?
    • Tuntutan tersebut hendaklah ditujukan kepada Pengarah Pertanian dengan menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap.
  7. Apakah yang dimaksudkan dengan dokumen-dokumen tersebut?
    • Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti invoice, surat perjanjian, surat pengakuan, sebut harga, dan lain-lain.
  8. Berapa lamakah proses sokongan dari pihak Jabatan mengenai dengan tuntutan tersebut?
    • Proses sokongan 14 hari (waktu berkerja dan tidak ada masalah berbangkit)
 
 

 

FAQ LIST

  1. FUNGSI UNIT KHIDMAT NASIHAT
  2.  
  3. INSENTIF PERTANIAN
  4.  
  5. INSENTIF INPUT PERTANIAN
  6.  
  7. SKIM KREDIT KEWANGAN
  8.  
  9. MEMOHON KURSUS SINGKAT
  10.  
  11. SYARAT-SYARAT MENGIKUTI KURSUS
  12.  
  13. SYARIKAT SWASTA INGIN MEMBUAT TAKLIMAT
  14.  
  15. MEMOHON LAWATAN SAMBIL BELAJAR
  16.  
  17. MEMOHON MENGADAKAN KAJI SELIDIK
  18.  
  19. MEMOHON PEKERJAAN BERGAJI HARI