Header image  
 
line decor
    HOME    VISION    ORGANISATION    NEWS AND EVENTS    PRESS RELEASE    MIPR Portal    BRUNEI GOVERNMENT    Malay Version
line decor
 
 
 
 

 
 
FREQUENT ASKED QUESTION

MALAY VERSION

  1. Bagaimanakah cara-cara memohon kursus-kursus singkat yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian?
    a. Secara umumnya, dinasihatkan untuk memohon secara menghadapkan surat ke Pengarah Pertanian dengan menyatakan tujuan/maksud serta bidang-bidang yang dikehendaki.
    b. Seperti lazimnya melalui borang-borang yang disediakan oleh Unit-Unit pengendali kursus melalui Unit Pengurusan Sumber Manusia & Teknologi Maklumat sebagai penyelaras kursus di Jabatan Pertanian.
    c. Menghadapkan memo kepada Kementerian Pendidikan untuk mencalonkan peserta kursus yang terdiri guru-guru sains pertanian/pembantu makmal di Sekolah-Sekolah dalam bidang seperti berikut:
    • Kursus Vermikompos dan Baja (dibukakan kepada Gur/Penuntut/Orang ramai di kesemua daerah)
    • Kursus Teknologi Pengeluaran Cendawan (dibukakan bagi pengusaha/orang ramai)
    • Kursus Teknologi Tisu Didik
    • Kursus Pengenalan Tanaman Ubat-Ubatan
    d. Bagi peladang/pengusaha pertanian permohonan untuk keperluan latihan seperti lazimnya memohon melalui Unit Kemajuan Pertanian Daerah-Daerah.
    e. Kursus Peralihan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei sebelum bersara secara penempatan kerja adalah melalui persurataan memo daripada Kementerian Pertahanan. Selalunya bidang pengkhususan adalah seperti berikut:
    • Kursus Ternakan Haiwan
    • Kursus Pengeluaran Tanaman seperti sayur, buah dan cendawan
    • Kursus Lanskap dan Tanaman Hiasan
    • Kursus Teknologi Ladang (Hidroponik)
    • Kursus Lepas Tuai dan Pembungkusan Hasil
    • Taklimat Peluang-Peluang Perniagaan (Pendedahan Asas)
    • Taklimat Pengenalan Asas Media Tanaman f. Penempatan Kerja
    • Pusat Pembangunan Belia (tertakluk kepada bidang yang dipohonkan)
    • Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Jalan Muara di bidang Makmal
    • Institut Teknologi Brunei di bidang IT dan Kewangan
    • Sekolah Menengah Kerajaan bagi Daerah Brunei Muara di bidang Perkeranian dan Pengendalian Pejabat
    • Penuntut Pra-Universiti
  2.  
  3. Apakah syarat-syarat yang dikehendaki untuk mengikuti kursus-kursus berkenaan?
    Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Kebawah Duli dan manakala penduduk tetap akan dipertimbangkan.
  4.  
  5. Bagaimanakah sesebuah Syarikat Swasta yang ingin untuk membuat taklimat/presentation mengenai bahan-bahan input pertanian seperti racun, baja, nutrient tanaman, peralatan makmal dan yang berkaitan kepada pengusaha/peladang?
    Syarikat berkenaan dinasihatkan menghadapkan persuratan kepada Ketua Jabatan bagi permohonan berkenaan. Pihak Unit Pengurusan Sumber Manusia & Teknologi Maklumat berfungsi sebagai Penyelaras untuk mengadakan taklimat berkenaan seperti menjemput pengusaha dan pegawai-pegawai yang relevan, menyediakan tempat mengadakan taklimat dan peralatan media. Perbelanjaan makan minum dibiayai oleh pihak Syarikat berkenaan.
  6.  
  7. Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan sambil belajar di Jabatan Pertanian?
    Seperti lazimnya disarankan untuk menghadapkan secara persuratan kepada Pengarah Pertanian dengan menyatakan tujuan/maksud lawatan tersebut, tarikh, tempat dan keramaian peserta. Manakala tindakan Jabatan ialah menghubungi Unit-Unit yang terlibat serta membalas persuratan berkenaan.
  8.  
  9. Bagaimanakah cara untuk memohon bagi mengadakan projek/kaji selidik yang berkaitan di bidang pertanian daripada institusi-institusi tempatan (ITB, UBD)?
    Disarankan untuk menghadapkan secara persuratan melalui institusi berkenaan dengan menyatakan tujuan dan pengkhususan bidang projek/ kajian yang akan dibuat kepada Pengarah Pertanian.
  10.  
  11. Bagaimanakah cara untuk memohon sebarang pekerjaan secara pengambilan bergaji hari di Jabatan Pertanian?
    Seperti lazimnya dinasihatkan untuk menghadapkan secara persuratan kepada Pengarah Pertanian. Manakala tindakan Jabatan ialah meneliti dan menilai permohonan mengikut kesesuaian dan keperluan. Dan yang penting sekali jika ada kekosongan jawatan berkenaan, pihak Jabatan akan memanggil pemohon-pemohon secara bertelepon dan juga diikuti dengan persuratan dalam tempoh satu (1) ke dua (2) minggu sebelum tarikh temuduga.
 
 

 

FAQ LIST

  1. UNIT KHIDMAT NASIHAT
  2.  
  3. INSENTIF PERTANIAN
  4.  
  5. INSENTIF INPUT PERTANIAN
  6.  
  7. SKIM KREDIT KEWANGAN
  8.  
  9. MEMOHON KURSUS SINGKAT
  10.  
  11. SYARAT-SYARAT MENGIKUTI KURSUS
  12.  
  13. SYARIKAT SWASTA INGIN MEMBUAT TAKLIMAT
  14.  
  15. MEMOHON LAWATAN SAMBIL BELAJAR
  16.  
  17. MEMOHON MENGADAKAN KAJI SELIDIK
  18.  
  19. MEMOHON PEKERJAAN BERGAJI HARI