Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

11.05.2016_The 4th Meeting of ASEAN Soil and Nutrient Management Expert Group for the ASEAN Guidelines on Soil and Nutrient Management (SNM)

Mesyuarat ke 4 bagi Kumpulan Pakar Teknikal ASEAN mengenai Tanah dan Pengurusan Nutrien (SNM) diadakan pada 11hb – 12hb Mei 2016 di Ibu Pejabat, Jabatab Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Dr Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pakar-pakar dari negara-negara anggota ASEAN dan Miss Wannipa Soda, Koordinator Serantau, German International Cooperation (GIZ) bagi projek ASEAN Sustainable Agrifood Systems (ASEAN – SAS), Bangkok, Thailand selaku fasilitator kumpulan teknikal yang juga menyaksikan mesyuarat tersebut. Selain itu, pegawai-pegawai kanan Jabatan pertanian dan Agrimakanan juga turut hadir.

Garis Panduan ASEAN mengenai Tanah dan Pengurusan Nutrien (SNM) bertujuan untuk memberi penekanan terhadap kepentingan pengurusan tanah dan nutrient dalam mencapai pertanian lestari: memberi panduan yang membantu pembuat keputusan untuk merumuskan dasar-dasar yang menggalakkan pertanian mampan, pengeluaran tanaman dan kesuburan tanah: dan menyelaraskan cadangan bagi menambah baik pengurusan tanah dan nutrien di rantau ini.

Mesyuarat ini telah mengkaji semula draf ketiga Garis Panduan yang merangkumi isu-isu tanah di ASEAN, amalan pengurusan tanah dan nutrient yang baik, standard, peraturan dan maklumat pasaran baja dan nutrien tambahan, cadangan untuk pengurusan tanah dan nutrien, pencemaran tanah dan isu-isu lain juga dikaji semula dan dibincangkan.

Mesyuarat ini akan menghasilkan draf garis panduan standard mengenai Pengurusan Tanah dan Nutrien berdasarkan perbincangan, perkongsian pengalaman dan maklumat mengenai pengurusan nutrien tanah dalam menggalakkan sisten agrimakanan yang mampan di rantau ini. Garis panduan ini disediakan untuk memudahkan negara-negara anggota ASEAN menerima pakai amalan pengurusan tanah dan nutrien yang mampan dalam aktiviti pertanian mereka, bersama-sama dengan langkah-langkah komplementari yang lain untuk mengekalkan dan meningkatkan produktiviti tanaman, di samping mengukuhkan kapasiti produktif tanah melalui penggunaan tanah yang lestari bagi pengeluaran pertanian.

Attachments