Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

12.05.2016_KURSUS PENGENALAN TEKNOLOGI FERTIGASI

Majlis penyampaian sijil peserta kursus pengenalan teknologi fertigasi telah di adakan di Dewan Galeri Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku, Kampung Tungku. Kursus ini di anjurkan dan diselaraskan oleh Ameenfarm Agrotech & Trading dengan sokongan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ke Majlis Pelancaran tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Mulia Hajah Aidah binti Haji Mohd Hanifah, Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta lebih 60 orang peserta kursus.

Kursus ini di sampaikan oleh pakar Fertigasi Malaysia, Yaseer Suhaimi Mohd Pensyarah kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Setiap penyertaan kursus ini di kenakan bayaran $40 seorang termasuk jamuan dan setiap peserta di hadiahkan $5 kupon baja liguano dan $5 baja biojadi. Kursus pengenalan ini berlangsung bermula jam 8 hingga 11.45 pagi dan seterusnya mengadakan lawatan ke tapak fertigasi program belia Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Kursus ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan Syarikat Ameenfarm Agrotech & Trading merancang hendak menganjurkan kursus yang lebih intensif di masa akan datang untuk membantu dan memajukan industri pengeluaran sayur-sayuran di negara ini.

Penyampaian sijil telah di sempurnakan oleh Yang Mulia Dr Haji Abdul Manaf Bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

​Related News:
Attachments