Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

PENGELUARAN KOMODITI AYAM PEDAGING PARA PENGUSAHA TEMPATAN DIJANGKA MENINGKAT BAGI TAHUN 2020

12 Rabiulakhir 1442 / 28 November 2020 (Hari Sabtu)


Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam kenyataan akhbarnya hari ini memaklumkan bahawa tren data pengeluaran bagi industri ternakan khususnya komoditi ayam pedaging di Negara ini terus menunjukkan pertumbuhan positif 1.4% dimana keluaran bagi tempoh lima tahun kebelakangan adalah meningkat daripada 23,264 tan metrik pada tahun 2015 kepada 24,584 tan metrik pada tahun 2019, iaitu peningkatan sebanyak 1,320 tan metrik. Data pengeluaran bagi Suku Ketiga 2020 (Q3 2020) juga turut menunjukkan peningkatan keluaran sebanyak 6,643 tan metrik berbanding 6,350 tan metrik bagi suku yang sama tahun lalu, iaitu pertumbuhan 4.6%. Ini adalah merupakan satu perkembangan yang amat menggalakkan khususnya dalam situasi Negara sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19 agar memastikan pengeluaran dari industri ayam pedaging tidak terjejas.

​Click Here : More Info

Attachments