Bandar Seri Begawan - Hari Selasa, 11hb Mei 2021/ 28 Ramadhan 1442 -
Satu majlis penandatanganan kontrak di antara Jabatan Pertanian dan Agrimakanan,
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam dengan
Syarikat Seri Ghanimi Contractor Sdn Bhd. bagi Projek Membina Skim Pengairan Tambahan
Bagi Kawasan Penanaman Padi Di Seluruh Daerah: Irrigation System Capacity Expansion
dan Projek Improvement and Upgrading of Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Betumpu
Farm And Flood Mitigation telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Setia Pahlawan,
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.