Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN CHINA bagi kerjasama Sanitari dan Fitosanitari telah diadakan pada 13hb. September 2021 melalui persidangan video. Mesyuarat di pengerusikan bersama oleh Tuan Wang Lingjun, Vice Minister, General Administration of Customs, Republik Rakyat China (GACC), dan Tuan Yang Terutama Veng Sakhon, Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Negara Kemboja, selaku Pengerusi ASEAN Ministers on Agriculture and Forestry (AMAF).