Hari Khamis, 26 Rabiulakhir 1443 bersamaan dengan 2hb Disember 2021, Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan
Agrimakanan mengungkayahkan ‘Program Pendedahan Belia-Belia Yang Berpotensi Untuk
Menceburi Bidang Pertanian Berteknologi Tinggi Kali Ke-6’ secara maya di sepanjang bulan
Disember bermula dari 2 Disember 2021 dan dijalankan setiap hari Selasa dan Khamis sehingga
30 Disember 2021. Program ini meliputi sesi taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah
Pertanian dan Agrimakanan, Yang Mulia Hajah Masliana Yuliah binti Abdullah serta pegawaipegawai daripada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan