Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

16.05.2017_TAKLIMAT SESI PEMADANAN PERNIAGAAN (BUSINESS MATCHING)

KENYATAAN AKHBAR

 

TAKLIMAT SESI PEMADANAN PERNIAGAAN (BUSINESS MATCHING)

DIANTARA SYARIKAT PENGIMPORT TEMPATAN DAN

PELADANG TEMPATAN PERTANIAN

 

19 SYAABAN 1438 BERSAMAAN DENGAN 16HB MEI 2017,

Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah mengungkayahkan taklimat "Sesi Pemadanan Perniagaan (Business Matching) diantara Syarikat pengimport tempatan dan peladang tempatan pertanian" yang mana sesi taklimat serta penerangan telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

 

Taklimat ini adalah merupakan salah satu initiatif Jabatan dalam mendokong plan strategik 2016-2020 disamping itu juga, untuk membuka peluang kepada Syarikat pengimport komersial yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bagi mendapatkan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan tropikal daripada peladang pertanian tempatan. Perkara ini juga adalah sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan keselamatan makanan (food safety) dan juga kualiti melalui pengenalan pengiktirafan GAP (Good Agriculture Practices) sebagai salah satu syarat yang dimestikan dalam pengimportan sayur-sayuran dan buah-buahan di negara ini.

 

Dengan adanya sesi pemadanan ini, diharap akan dapat mengurangkan pergantungan kepada pengimportan daripada luar Negara dan mengurangkan risiko bahaya dibawa melalui komoditi import produk tumbuhan daripada luar Negara. Selain itu, sebagai pemudah cara pencarian pasaran oleh peladang-peladang tempatan.

 

Taklimat "Sesi Pemadanan Perniagaan (Business Matching) yang telah diadakan di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan  Pelancongan pada hari selasa, 19 Syaaban 1438H bersamaan dengan 16hb Mei 2017M itu telah di hadiri oleh Syarikat pengimport tempatan dan para pengusaha-pengusaha pertanian di Negara Brunei Darussalam.

 

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

19 Syaaban 1438/16hb Mei 2017  

​related news:

www.mediapertama.com.bn

Attachments