Bahagian Industri Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar
Fungsi Bahagian:· Memastikan pertumbuhan keluaran industri berasaskan pertanian dan agrimakanan melalui peningkatan produktiviti dan penggunaan teknologi tinggi berorientasikan untuk pasaran domestik dan eksport.
· Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri ternakan yang mapan demi kesejahteraan manusia di dalam negeri dan pasaran eksport.
Perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Bahagian:· Fasilitasi bagi yang berhasrat memulakan syarikat dalam penternakan dan amalan pemeliharaan yang baik.
· Perkhidmatan khidmat nasihat konsultasi veterinar mengenai kesihatan ternakan dan haiwan bagi pengusaha ternakan.
· Perkhidmatan penganalisaan makmal veterinar bagi ujian-ujian yang berkenaan dengan pemeliharaan dan penyakit ternakan.
· Program kesihatan awam veterinar dan survelans penyakit bagi ladang-ladang ternakan dibawah pemantauan industri ternakan yang berkepentingan.
· Fasilitasi pengimportan haiwan ternakan hidup dan ubat-ubatan veterinar (permit import).
· Perlesenan dan pemantauan penguatkuasaan dibawah regulatori veterinar yang berkenaan.
Tatacara permohonan latihan untuk orang ramai:Bolehlah memohon secara persuratan kepada jabatan iaitu melalui Pengarah Pertanian dan Agrimakanan bagi memohon kursus singkat mengenai:
1) Pemeliharaan perusahaan ternakan (ayam pedaging, penelur, ayam kampong, itik, kambing, rusa, sapi / kerbau)
2) Penyakit ternakan dalam pemeliharaan, pengunaan perubatan veterinar dan tatacara alternatif.
3) Perusahaan dan pengurusan pusat penyembelihan ruminan dan bukan ruminan.