Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksStrategic Goals

  
Mission and Vision
Strategic Goals
​​
  • Untuk meningkatkan pertumbuhan keluaran dari pada sektor pertanian, penternakan dan agrimakanan secara berterusan setiap tahun sehingga dapat menyumbang kepada pertumbuhan KDNK, pertumbuhan eksport dan seterusnya kepada kepelbagaian ekonomi;
  • Untuk meningkatkan produktiviti keluaran daripada sektor industri pertanian, penternakan dan agrimakanan secara berterusan melalui penggunaan teknologi, penggunaan teknik moden secara meluas serta menggalakkan penglibatan secara aktif pelabur langsung asing (FDI);
  • Untuk mengurangkan pergantungan ke atas import barang makanan berasaskan pertanian dan penternakan, akan tetapi bersikap terbuka dengan peningkatan import bahan-bahan mentah berasaskan pertanian dan penternakan bagi tujuan menjana pertumbuhan industri agrimakanan dan pemprosesan;
  • Untuk mengurangkan pergantungan kepada perbelanjaan Kerajaan dalam melaksanakan strategi dan program untuk meningkatkan pertumbuhan keluaran industri pertanian, penternakan dan agrimakanan dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti Public Private Partnership (PPP) dan lain-lain;
  • Untuk mewujudkan peluang-peluang pelaburan dan perniagaan tempatan dalam industri pertanian, penternakan dan agrimakanan yang akan menyumbang kepada penjanaan pekerjaan kepada rakyat tempatan;
  • Untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan pengawalan bagi melindungi industri pertanian, penternakan dan agrimakanan daripada serangan dan jangkitan penyakit tumbuhan, musuh perosak dan penyakit haiwan yang berjangkit kepada manusia (zoonotic diseases ) demi kedayatahanan industri-industri berkenaan;
  • Untuk memastikan jaminan mutu dan keselamatan hasil-hasil makanan berasaskan industri pertanian, penternakan dan agrimakanan bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk;