Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS MENANDATANGANI KONTRAK-KONTRAK PERJANJIAN PEMBEKALAN BERAS-BERAS TEMPATAN 12 DISEMBER 2020

​MAJLIS MENANDATANGANI KONTRAK-KONTRAK PERJANJIAN ‘PEMBEKALAN BERAS-BERAS TEMPATAN UNTUK PENJUALAN KEPADA ORANG AWAM’ DIANTARA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN DENGAN SYARIKAT SMART (B) SDN BHD DAN SYARIKAT AMPUAN MOHAMMAD YOSLAN BIN AMPUAN HJ. AKOP/YAAKUB & ANAK-ANAK


Hari Sabtu, 26 RabiulAkhir 1442H bersamaan 12 Disember 2020 Bilik Harmoni, Ibu Pejabat Pertanian dan Agrimakanan, Negara Brunei Darussalam


BANDAR SERI BEGAWAN, 12hb Disember 2020 - Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), telah mengadakan Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian ‘Pembekalan Beras-Beras Tempatan Untuk Penjualan Kepada Orang Awam’ dengan dua (2) buah syarikat swasta iaitu, Syarikat Smart (B) Sdn Bhd, dan Syarikat Ampuan Mohammad Yoslan bin Ampuan Hj. Akop/Yaakub & Anak-Anak di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Lapangan Terbang Lama Berakas. Antara matlamat utama perjanjian pembekalan tersebut adalah bagi meluaskan lagi saluran penjualan beras-beras tempatan agar memudahkan orang ramai mendapatkan beras-beras tempatan yang sememangnya mendapat sambutan yang sangat baik di pasaran, di samping untuk mendokong hasil ladang para petani tempatan bagi terus meningkatkan keluaran padi secara berterusan.

​Click Here : More Info



Attachments