MAJLIS MENANDATANGANI KONTRAK-KONTRAK PERJANJIAN
‘PEMBEKALAN BERAS-BERAS TEMPATAN UNTUK PENJUALAN KEPADA
ORANG AWAM’ DIANTARA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
DENGAN SYARIKAT SMART (B) SDN BHD DAN SYARIKAT AMPUAN
MOHAMMAD YOSLAN BIN AMPUAN HJ. AKOP/YAAKUB & ANAK-ANAK
Hari Sabtu, 26 RabiulAkhir 1442H bersamaan 12 Disember 2020
Bilik Harmoni, Ibu Pejabat Pertanian dan Agrimakanan,
Negara Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, 12hb Disember 2020 - Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian
Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), telah mengadakan Majlis Menandatangani Kontrak
Perjanjian ‘Pembekalan Beras-Beras Tempatan Untuk Penjualan Kepada Orang Awam’ dengan dua (2)
buah syarikat swasta iaitu, Syarikat Smart (B) Sdn Bhd, dan Syarikat Ampuan Mohammad Yoslan bin
Ampuan Hj. Akop/Yaakub & Anak-Anak di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Lapangan
Terbang Lama Berakas. Antara matlamat utama perjanjian pembekalan tersebut adalah bagi meluaskan lagi
saluran penjualan beras-beras tempatan agar memudahkan orang ramai mendapatkan beras-beras tempatan
yang sememangnya mendapat sambutan yang sangat baik di pasaran, di samping untuk mendokong hasil
ladang para petani tempatan bagi terus meningkatkan keluaran padi secara berterusan.