Mukim Bukit Sawat
Hari Rabu, 13 Syawal 1442H bersamaan 26 Mei 2021M -
Yang Berhormat Dato Seri Seria Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber
Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin
Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan
Ekonomi II; dan Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri
Pembangunan selaku pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Tertinggi Projek
Pembukaan Kawasan Penanaman Padi Secara Komersial Berkeluasan 500 Hektar,
Kawasal Kandol, Daerah Belait telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi memohon
kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar kerja-kerja infrastruktur bagi Projek
Penanaman Padi Kandol Fasa 2 berjalan dengan sempurna, bertempat di Site Office,
Kawasan Kemajuan Pertanian Kandol.