Hari Sabtu, 1 Zulkaedah 1442 bersamaan 12 Jun 2021 - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telahpun menganjurkan satu persidangan pertanian yang bertajuk ’Sektor Pertanian: Cabaran dan Halatuju ke Hadapan’ sempena acara Brunei Mid-Year Conference and Exhibitions (MYCE) 2021 pada 12 Jun 2021 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC). Penganjur bersama persidangan ini ialah Kemuda Institute.