Hari Khamis, 14 Sya’aban 1443 bersamaan 17 Mac 2022, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), melalui Jabatan
Pertanian dan Agrimakanan, telah mengadakan Majlis Doa Selamat sempena Acara
Perasmian Makmal Veterinar yang terletak di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP)
Terunjing. Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis ialah
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber
Utama dan Pelancongan.