Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar telah mengadakan Program Taklimat Ternak Cemerlang di Bangunan Makmal Veterinar, KKP Terunjing.
Seramai 10 orang Pengusaha kambing di Negara Brunei Darussalam dan 10 orang Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan menghadiri program latihan tersebut.
Program Ternak cemerlang merupakan inisiatif tahunan Jabatan bagi memperkasa pengetahuan pengusaha-pengusaha kambing mengenai penyakit-penyakit ternakan. Taklimat juga membincangkan langkah-langkah pencegahan awal dan cara-cara pengurusan kambing yang lebih berkesan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Haiwan dari Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar, Bahagian Industri Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.