Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBrunei Good Agriculture Practices (BRUNEI GAP)

Picture1.png

 

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengorak langkah untuk mengenalkan satu piawaian nasional yang diperakui dan sistematik bagi tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. Piawaian nasional ini dibentuk untuk meningkatkan potensi ladang tempatan dalam penyediaan produk sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan untuk berdaya saing dengan pasaran di rantau Asia Tenggara dan juga pasaran antarabangsa.

Piawaian tersebut dinamakan BRUNEI GAP yang dibentuk berdasarkan ASEAN GAP dengan penumpuan diberikan kepada Modul Keselamatan Makanan (Food Safety) dan Kualiti Produk (Product Quality). Piawaian ini memastikan supaya hasil sayur-sayuran memenuhi kesemua kriteria dan selamat untuk dimakan oleh pengguna di negara ini dan juga lulus untuk perdagangan serantau.

GOOD AGRICULTURAL PRACTICE atau singkatannya GAP adalah teknik atau sistem penanaman yang bersepadu dimana pelbagai teknik bertanam disatukan untuk meningkatkan produktiviti ladang dengan memfokus kepada penghasilan produk yang berkualiti dan selamat. GAP juga mementingkan kepada sistem perladangan yang sistematik, teratur dan terutama sekali mempunyai catitan aktiviti atau 'farm records' untuk 'traceability' atau pengesanan jika timbulnya masalah yang berkaitan dengan produk yang telah dihasilkan oleh sesebuah ladang.

Maksud selamat dalam konteks GAP adalah produk ladang yang dihasilkan adalah selamat daripada pencemaran bakteria seperti E.Coli ataupun selamat daripada sisabaki racun kimia pertanian yang berlebihan.

 

PaddedImage225160-view-more.png


BORANG PERMOHONAN BRUNEI GAP

CONTOH REKOD LADANG GAP

FAQ BRUNEI GAP