Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksCrop Industry FAQs

1.     Bagaimana cara untuk memohon tapak pertanian bagi aktiviti penanaman sayur/buah/pelbagai tanaman/florikultur?
·       Orang ramai yang berminat boleh mengisikan borang permohonan tapak pertanian dan menghadapkannya dengan kertas kerja projek tanaman berserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke Unit Pengurusan Tapak Pertanian di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jalan Muhibbah, Airport Lama, Bandar Seri Begawan.

2.     Bagaimana cara untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi industri tanaman?
·       Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat dengan menghubungi Bahagian Industri Tanaman di talian +673 247 0400 untuk sebarang pertanyaan atau membuat temu janji dengan pegawai dan kakitangan Bahagian Industri Tanaman.

3.     Apakah program/kursus/latihan yang dikendalikan di bawah Bahagian Industri Tanaman?
·       Bahagian Industri Tanaman:
o   Program Pendedahan Belia-Belia Yang Berpotensi Untuk Menceburi Bidang Pertanian Berteknologi Tinggi
·       Unit Kemajuan Industri Buah:
o   Kursus Asas Tanaman Buah-Buahan
o   Kursus Asas Pemeliharaan Buah-Buahan
o   Kursus Asas Pembiakan Tanaman
·       Unit Kemajuan Industri Sayur:
o   Bengkel Latihan Penanaman Lada dan Tomato Bersistem Fertigasi
·       Unit Kemajuan Industri Florikultur:
o   Kursus Pembiakan Tanaman Hiasan
·       Unit Kawalan Kualiti dan Keselamatan Tanaman:
o   Pengendalian Lepas Tuai Buah/Sayur
o   Rumah Pembungkusan
o   Penggredan Hasil Ladang
o   Pengendalian Lepas Tuai Padi
o   Persediaan Pasaran

4.     Dimanakah pejabat Bahagian Industri Tanaman dan unit-unit dibawahnya?
·       Bahagian Industri Tanaman / Unit Kemajuan Industri Buah / Unit Kemajuan Industri Sayur – Aras Bawah, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Bandar Seri Begawan
·       Unit Kemajuan Pertanian Luar Bandar / Unit Kemajuan Industri Pelbagai Tanaman / Unit Kawalan Kualiti dan Keselamatan Tanaman – Pejabat Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku, Daerah Brunei Muara
Unit Kemajuan Industri Florikultur – Pusat Urusniaga Hortikultur Rimba, Gadong