Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksInsentif Keperluan Asas

Di bawah program KKP, tapak-tapak perusahaan akan dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti sumber bekalan air domestik utama, sumber bekalan tenaga elektrik utama dan jalan utama pada tapak perusahaan (seperti di Jadual 2). Pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan akan menawarkan kepada pengusaha-pengusaha untuk mengusahakan tapak-tapak KKP secara sewa, dengan kadar sewa dan tempoh penyewaan yang ditetapkan (seperti di Jadual 3). Tertakluk kepada prestasi dan perkembangan perusahaan yang dijalankan, pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan akan mempertimbangkan sebarang permohonan bagi penyambungan tempoh penyewaan. 


Prosedur bagi permohonan tapak-tapak Kawasan Kemajuan Pertanian boleh didapati di laman sesawang Jabatan Pertanian dan Agrimakanan di www.agriculture.gov.bn.


Jadual 2: Infrastruktur asas yang dibangunkan di bawah program Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP).

 

Jalan Masuk Utama

Pihak Jabatan hanya menyediakan dan memelihara (jika diperlukan) bagi jalan masuk utama menuju ke tapak perusahaan. Bagi jalan-jalan di dalam ladang, termasuk pemeliharaan adalah atas perbelanjaan pengusaha sendiri.  

Sistem Saliran

 

Pihak Jabatan menyediakan saliran utama (longkang/parit) mengikut jalan masuk utama. Bagi saliran-saliran di dalam ladang, termasuk pemeliharaan adalah atas perbelanjaan pengusaha sendiri

Bekalan Air Domestik

Pihak Jabatan menyediakan paip utama (main pipe) untuk bekalan air domestik di sepanjang jalan masuk. Bagi penyambungan meter dan paip-paip yang lainnya menuju ke ladang serta bayaran bil-bil air dari masa ke semasa, adalah atas perbelanjaan dan tanggungjawab pengusaha sendiri, bermula dari tarikh kontrak perjanjian.

Bekalan Tenaga  Elektrik

 

Pihak  Jabatan menyediakan kabel utama untuk bekalan elektrik di sepanjang jalan masuk utama. Bagi kerja-kerja penyambungan kabel bagi keperluan perusahaan serta bayaran bil-bil elektrik dari masa ke semasa, adalah atas perbelanjaan dan tanggungjawab pengusaha sendiri, bermula dari tarikh kontrak perjanjian.


Jadual 3: Kadar Sewa Bagi Kegiatan Pertanian  

 

Jenis Kegiatan

Kadar sewa sehektar setahun

Ternakan Kambing

           $5.00

Ternakan Rusa

           $5.00

Ternakan Lembu / Kerbau

           $5.00

Padi

$12.50

Sayur-Sayuran / Pelbagai Tanaman

$25.00

Pelbagai Tanaman

$25.00

Buah-Buahan

$25.00

Tisu Didik

$50.00

Semaian (Bunga, Rumput Dan Lain-Lain)

$50.00

Ternakan Ayam

$100.00

Ternakan Itik

$100.00

Penetasan (Hatchery)

$100.00

Rumah Penyembelihan (Abattoir) / Fidlot

$125.00

Agri Mart

$500.00


Jadual 4: Kadar Sewa Bagi Pusat Pasaran, Pusat Perniagaan Hortikultur Rimba

 

Jenis Kegiatan

Tempoh sewa (tahun)

Kadar sewa sehektar sebulan

Petak

3

$15.00

Pondok

3

$60.00