Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLivestock Industry FAQs

1)     Adakah Bahagian Industri Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar (BITPV) masih menjalankan rawatan haiwan kesayangan?
Pihak Jabatan tidak lagi menjalankan rawatan veterinar dan memberikan perkhidmatan kepada pihak swasta iaitu pakar-pakar veterinar dari klinik veterinar swasta. Pihak Jabatan bertanggungjawab dalam pendaftaran dan perlesenan pakar veterinar dan berperanan sebagai pengawalselia bagi perkhidmatan veterinar.

2)     Bagaimanakah orang awam boleh mengimport haiwan kesayangan atau ternakan hidup?
Unit Kesihatan Awam Veterinar dan Pengurusan Import Haiwan yang terletak di KKP Tungku Bangunan Pertanian dan Agrimakanan adalah bertanggungjawab dalam pengurusan import permit bagi haiwan kesayangan dan ternakan hidup.

3)     Bagaimanakah orang awam boleh mengimport ubat-ubatan haiwan kesayangan dan bolehkah antibiotik di import oleh penternak?
Unit Kesihatan Haiwan dan Kawalan Penyakit yang terletak di KKP Terunjing Bangunan Jabatan Pertanian dan Agrimakan (Bangunan BITPV) adalah bertanggungjawab dalam pengurusan import permit  bagi ubat-ubatan vetererinar. Bagi perubatan antibiotik, hanya pakar veterinar yang berlesen yang sah diberikan kebenaran untuk pengimportan dengan peranan dalam khidmat nasihat akan pengunaan dalam pemeliharaan (prescribed).