Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSEMINAR PLANTING RICE PUSU

​​
  
Magazine
Newsletter
Posters
Seminar and Conference
Form
​​
​​
SEMINAR PLANTING RICE PUSU for entrepreneurs PADI REGIONS TIMES TO-3​

Teks Ucapan Pemangku Pengarah Pertanian

Bismillahhirahmanirrahim

Yang Mulia, Mr Osamu Ito, Pengurus Am Syarikat Mitsubishi Corporation. Yang Mulia, Mr. Katsuto Iijima, Pakar Pertanian, Syarikat Mitsubishi Corporation. Penolong-Penolong Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Pengusaha-Pengusaha Tanaman Padi Di Seluruh Negara, Penuntut-Penuntut Sekolah Vokasional Wasan dan Sekolah-Sekolah Menengah yang lain.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, and a very good morning

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah Subahanahu Wata'ala kerana di atas limpah rahmat serta kurniaNya jua kita dapat bersama-sama di Majlis pada pagi ini.

Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Seminar kerana telah menyusun program hari ini dengan jayanya. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih saya tujukan kepada Syarikat Mitsubishi Corporation yang telah banyak menghulurkan bantuan teknikal kepada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sejak beberapa dekad yang lalu sehingga kini.

Para hadirin dan hadirat yang saya hormati,

Seminar ini adalah bertujuan untuk menambah ilmu dan memperbaiki amalan-amalan atau pun kaedah-kaedah yang sedia ada, mengenai cara-cara pemeliharaan dan pengurusan tanaman padi tempatan khususnya padi pusu dalam pengeluaran hasil yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Dengan adanya seminar ini, ia akan menggalakan penglibatan sektor swasta dan pengusaha persendirian untuk menubuhkan koperasi dalam pengeluaran padi secara komersial.

Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah pun menyediakan insentif khusus bagi projek penanaman padi. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat serta individu-individu perseorangan yang berdaftar mengusaha penanaman padi adalah berkelayakan mendapatkan insentif tersebut.

Beberapa kelemahan para pengusaha dalam memajukan industri beras ini telah dikenalpasti. Ini termasuklah masalah kurang kemahiran dalam pengurusan ladang yang efektif, yang mana telah berupaya diatasi melalui peningkatan program pembinaan kapasiti samada dengan mengadakan kursus pendek tempatan atau di bawah program kerjasama teknikal dengan Negara asing.

Beberapa kemajuan telah pun dicapai di mana para pengusaha padi telah menunjukan sikap terbuka dengan mengaplikasikan teknologi-teknologi atau pun kaedah-kaedah pengurusan ladang terkini serta berkesan yang boleh menyumbang kepada pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti serta selamat untuk dimakan.

Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan kepada para pengusaha agar meneruskan sikap keterbukaan ini dan lebih bersedia menerima dan menggunapakai teknologi-teknologi yang telah dan akan diperkenalkan di masa akan datang dalam meningkatkan lagi amalan perladangan yang sedia ada. Ke arah pengurangan kos pengeluaran dan penjimatan masa yang berkesan, pengunaan tenaga buruh dalam penanaman padi perlulah dikurangkan dengan melaksanakan tranformasi tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi dan teknologi moden.

Untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti dan selamat untuk dimakan, para peladang disarankan untuk menggunakan pendekatan yang terbaik iaitu memfokuskan kepada teknik pengurusan tanaman yang bersifat mesra alam dan kurang menggunakan racun merbahaya, bagi meningkatkan mutut pengeluaran padi dan juga keselamatan rawatan tanah, penggunaan baja dan racun perosak yang betul dan teratur seperti yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Saya penuh berharap agar seminar pada hari ini mampu memberikan kefahaman kepada para peserta mengenai amalan penyediaan biji benih dan teknik pembajaan bagi tanaman padi pusu.

Pada kesimpulannya, dengan mengaplikasikan penanaman padi yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing akan menjamin para petani mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dan stabil.

Bagi mengakhiri ucapa saya ini, saya sekali lagi sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada Syarikat Mitsubishi Corporation, terutamanya Mr. Iijima di atas kesudian berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau pada hari ini. Semoga kerjasama ini boleh dipertingkatkan lagi di masa-masa hadapan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan juga Syarikat Mitsubishi Corporation yang terlibat, berganding bahu dalam mengendalikan seminar ini.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas sambutan yang menggalakkan dari para peserta pada pagi ini. Ini menandakan keprihatinan dan komitmen biskita untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan menambah pengalaman dalam hal ehwal berkaitan dengan tanaman padi.

Dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahman Nir Rahim dan bertawakal kepada Allah SWT, saya dengan sukacita merasmikan Seminar Penanaman Padi Pusu Bagi Pengusaha Padi Daerah-Daerah Kali ke-3 padai pagi ini.
​​
Sekian Wabillah Hi Taufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh.