Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSyarat-Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah berdaftar dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dengan mengisikan borang Pendaftaran Pengusaha Pertanian dan Agrimakanan (Borang A) yang boleh didapati di Unit Kemajuan Pertanian di Daerah masing-masing;
  1. Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas;
  1. Syarat bagi memohon Insentif Keperluan Asas dan Insentif Keperluan Khusus adalah seperti berikut:

Bagi Keperluan Asas:

  • Pemohon tidak terhad kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan yang berstatus penduduk tetap.
  • Pemohon hanya dibenarkan bagi yang menjalankan projek atau perusahaan pada Tapak Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP). Bagaimanapun bagi tapak-tapak selain KKP yang dimajukan dengan aktiviti pertanian oleh perseorangan atau sekumpulan pengusaha /peladang, ianya akan dipertimbangkan secara case-by-case basis dan tertakluk kepada sokongan pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Bagi Keperluan Khusus:

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan yang berstatus penduduk tetap.
  • Pemohon hanya dibenarkan bagi yang menjalankan projek atau perusahaan pada Tapak Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP). Bagaimanapun bagi tapak-tapak selain KKP yang dimajukan dengan aktiviti pertanian oleh perseorangan atau sekumpulan pengusaha /peladang, ianya akan dipertimbangkan secara case-by-case basis dan tertakluk kepada sokongan pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

     4.  Mempunyai Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Sijil Perakuan Penubuhan Syarikat Persendirian atau Sijil Pendaftaran Koperasi daripada Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Sijil Pendaftaran Persatuan (NGOs) daripada Pasukan Polis Diraja Brunei; atau Sijil Pendaftaran Majlis Perundingan Mukim (MPM) / Majlis Perundingan Kampung (MPK) daripada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan di dalam aktiviti perniagaan/ perusahaan hendaklah mengandungi kegiatan pertanian;

       5. Mempunyai pengetahuan asas dalam hal ehwal pengurusan dan kewangan dalam bidang pertanian adalah diutamakan;

  1. Ladang yang diusahakan hendaklah berdaya maju khususnya dari segi pengeluaran hasil ladang, pengurusan yang baik dan teratur, dan pengeluaran yang berterusan yang mana memenuhi ciri-ciri penilaian dan pemantauan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan;
  1. Pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan berhak untuk menukar, memberhentikan atau mengugurkan skim bantuan tanpa sebarang notis pemberitahuan jika mana-mana pengusaha/peladang didapati menyalahgunakan skim insentif yang diberikan selain daripada untuk digunakan pada ladang pengusaha/peladang itu sendiri. Jika didapati menyalahgunakan skim ini, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan berhak untuk tidak mempertimbangkan permohonan seterusnya, termasuklah boleh mengantung daripada menerima kemudahan skim bagi tempoh 1 tahun daripada tarikh surat amaran;                                                                                                                                                                                                                                    
  2. Pemohon hendaklah terlebih dahulu memeriksa semua pembelian bahan insentif sebelum meninggalkan kaunter penyerahan/penerimaan.  Sebarang kerosakan ke atas bahan insentif hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak Jabatan. Laporan kerosakan ke atas bahan insentif selepas meninggalkan kaunter penyerahan/penerimaan tidak akan dilayan.