Process Permohonan dan Pembayaran Insentif Keperluan Khusus
Proses Permohonan Insentif Keperluan Khusus
- Pengusaha dan peladang dikehendaki membuat permohonan untuk mendapatkan bahan-bahan insentif dengan mengisikan Borang B di dalam sistem Online Common Billing System (OCBS).
- Jenis dan kuantiti bahan-bahan insentif yang dipohonkan akan dibuat penilaian oleh Unit Kemajuan Pertanian Daerah dan Industri-industri berkenaan mengikut perkembangan perusahaan dan saiz ladang.
- Bagi permohonan yang sudah menerima bantuan peralatan ladang hanya akan dibenarkan untuk memohon selepas tempoh satu tahun.
- Bagi permohonan yang sudah menerima bantuan baja inorganik dan racun rumpai adalah seperti berikut :
|
Bil |
Komoditi |
Tempoh pembelian/ permohonan |
|
1 |
Padi |
*Sekali dalam satu musim |
|
2 |
Sayur |
*Dua (2) kali dalam setahun |
|
3 |
Buah |
|
|
4 |
Tanaman Hiasan |
*Tertakluk kepada ketersediaan bekalan
Proses Pembayaran Insentif Keperluan Khusus
- Pemohon mestilah membuat pembayaran ke atas pembelian bahan insentif terlebih dahulu sebelum barangan dikeluarkan daripada Pusat Bekalan Insentif.
- Peladang hendaklah membuat pembayaran di kaunter pembayaran yang terletak di Unit Kemajuan Pertanian di daerah masing-masing.
- Pegawai bertugas akan mengeluarkan resit kewangan sebagai pengesahan urusan pembayaran.
- Borang B hendaklah lengkap di isi dan resit pembayaran kewangan disertakan dan hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai yang bertugas untuk proses pembekalan.
- Bahan insentif hanya akan dikeluarkan setelah resit pembelian dikeluarkan atau ditunjukkan kepada Pegawai bertugas di Pusat Bekalan Insentif daerah masing-masing.
- Urusan pengangkutan adalah tanggungjawab pemohon. Kakitangan stor yang bertugas hanya akan melakukan pemungahan daripada tempat penyimpanan bahan insentif di Pusat Bekalan Insentif Pertanian.
- Jumlah bahan yang dipohonkan adalah tertakluk kepada stok dan jenis yang ada.
- Pembayaran adalah dikehendaki untuk dijelaskan oleh pengurus/pemilik ladang itu sendiri, walaubagaimana pun sekiranya ia berwakilkan, surat wakil hendaklah disertakan semasa pembayaran.

