Fungsi Bahagian

Bahagian Industri Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar (BITPV) berperanan sebagai pihak berkuasa veterinar yang kompeten dalam membangunkan industri ternakan negara yang mampan dan berdaya saing, melindungi kesihatan haiwan, kebajikan haiwan dan kesihatan awam veterinar, serta memastikan keselamatan makanan berasaskan haiwan melalui pelaksanaan fungsi pembangunan, regulatori, kawalselia, perkhidmatan veterinar, biosekuriti ladang dan diagnostik makmal. 

 

Fungsi BITPV termasuk: 

  • Merancang, membangun dan memangkin pertumbuhan industri ternakan bagi meningkatkan keluaran, produktiviti, daya saing dan sekuriti makanan negara.  
  • Mengawal selia industri ternakan melalui pelaksanaan perundangan veterinar, pelesenan, pensijilan, audit, pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan kepada piawaian veterinar. 
  • Memastikan kebajikan haiwan melalui penguatkuasaan standard penjagaan, pengendalian, pengangkutan dan penyembelihan yang beretika. 
  • Melaksanakan program pencegahan, pengawalan dan pembasmian penyakit haiwan serta penyakit zoonotik. 
  • Memastikan keselamatan makanan berasaskan haiwan melalui pemeriksaan, pengawasan dan kawalan kesihatan awam veterinar. 
  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik makmal, survelan penyakit dan analisis saintifik bagi menyokong kawalan penyakit. 
  • Membangunkan piawaian, garis panduan dan kod amalan veterinar selaras dengan keperluan kebangsaan dan antarabangsa.  
  • Mengeluarkan pensijilan veterinar dan memudah cara perdagangan haiwan, produk haiwan dan input ternakan selaras dengan keperluan perundangan serta piawaian antarabangsa. 
    • Memperkukuh sistem kebolehkesanan (traceability), jaminan kualiti dan integriti rantaian bekalan produk ternakan dari ladang hingga ke pengguna 
Perkhidmatan-Perkhidmatan di bawah Bahagian

Fasilitasi bagi yang berhasrat memulakan syarikat dalam penternakan dan amalan pemeliharaan yang baik.
·       Perkhidmatan khidmat nasihat konsultasi veterinar mengenai kesihatan ternakan dan haiwan bagi pengusaha ternakan.
·       Perkhidmatan penganalisaan makmal veterinar bagi ujian-ujian yang berkenaan dengan pemeliharaan dan penyakit ternakan.
·       Program kesihatan awam veterinar dan survelans penyakit bagi ladang-ladang ternakan dibawah pemantauan industri ternakan yang berkepentingan.
·       Fasilitasi pengimportan haiwan ternakan hidup dan ubat-ubatan veterinar (permit import).
·       Perlesenan dan pemantauan penguatkuasaan dibawah regulatori veterinar yang berkenaan

Tatacara permohonan latihan untuk orang ramai:

Bolehlah memohon secara persuratan kepada jabatan iaitu melalui Pengarah Pertanian dan Agrimakanan bagi memohon kursus singkat mengenai:
1)     Pemeliharaan perusahaan ternakan (ayam pedaging, penelur, ayam kampong, itik, kambing, rusa, sapi / kerbau)
2)     Penyakit ternakan dalam pemeliharaan, pengunaan perubatan veterinar dan tatacara alternatif.
3)     Perusahaan dan pengurusan pusat penyembelihan ruminan dan bukan ruminan