Fungsi dan Peranan Bahagian
BAHAGIAN INDUSTRI AGRIMAKANAN DAN PERKHIDMATAN KERUJUTERAAN
PERANAN:
Memperkukuh pembangunan sektor agrimakanan melalui pembangunan industri pemprosesan dan nilai tambah, serta penyediaan perkhidmatan kejuruteraan, infrastruktur dan fasiliti yang memenuhi keperluan industri dalam meningkatkan sumbangan sektor kepada ekonomi negara.
FUNGSI:
• Merancang, menyelaras dan memantau pembangunan industri agrimakanan bagi meningkatkan pengeluaran produk nilai tambah, daya saing industri serta sumbangan sektor kepada ekonomi negara;
• Menyelaras pembangunan dan pengukuhan rantaian nilai agrimakanan melalui penyediaan bahan mentah, pematuhan piawaian, pembangunan kapasiti pengusaha dan promosi industri;
• Merancang, membangun dan menyelaras penyediaan infrastruktur serta kemudahan asas pertanian bagi menyokong pembangunan kawasan pertanian dan agrimakanan;
• Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, teknikal dan pengurusan aset bagi menyokong pelaksanaan projek pembangunan, penyelenggaraan infrastruktur serta operasi Jabatan; dan
• Menyelaras pelaksanaan projek pembangunan dan kerjasama teknikal dengan Kementerian, Jabatan dan agensi berkaitan bagi memperkukuh pembangunan sektor pertanian dan agrimakanan.
SEKSYEN KEMAJUAN INDUSTRI AGRIMAKANAN
PERANAN:
Meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara melalui pengeluaran hasil proses dan tambah nilai produk agrimakanan yang berkualiti, bermutu tinggi, selamat dan berorientasikan eksport dengan mengutamakan penggunaan sumber komoditi pertanian tempatan (ternakan dan tanaman).
FUNGSI:
• Meningkatkan pengeluaran hasil proses dan tambah nilai produk agrimakanan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara;
• Mengutamakan penggunaan sumber komoditi pertanian tempatan (ternakan dan tanaman) dan menyelaras penyediaan bahan mentah import bagi tujuan pemprosesan makanan;
• Memperkukuhkan keupayaan pengusaha makanan untuk menepati keperluan pasaran dan mematuhi syarat Pihak Berkuasa (Competent Authority); dan
• Mempromosi industri agrimakanan dan aktiviti dokongan yang berkenaan (spin-offs).
UNIT PASARAN DAN PENGEMBANGAN INDUSTRI AGRIMAKANAN
PERANAN:
Menerajui pembangunan industri agrimakanan melalui penyediaan perkhidmatan konsultasi dan dukungan ke arah pengkomersilan produk agrimakanan, serta pengurusan data dan maklumat industri agrimakanan.
FUNGSI:
● Mengendalikan pendaftaran pengusaha agrimakanan bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan;
● Mengumpul, mengurus dan menganalisis data pengeluaran produk proses dan nilai tambah bagi tujuan Statistik Industri Agrimakanan;
● Menyediakan khidmat nasihat berkaitan dengan pelan perniagaan, analisis kewangan dan aliran tunai kepada pengusaha agrimakanan;
● Menyelaras program pemadanan perniagaan (business matching) antara pengusaha agrimakanan dan pihak berkepentingan yang berkaitan;
● Memudahcara pelaksanaan contract farming antara pengusaha agrimakanan dan peladang tempatan, syarikat pengimport atau syarikat pengedar yang berkaitan;
● Memudahcara penyediaan tapak dan premis pemprosesan makanan bagi meningkatkan kapasiti perusahaan agrimakanan;
● Menyelaras dan memproses permohonan import bahan mentah bagi kegunaan industri agrimakanan untuk pengusaha agrimakanan yang berdaftar;
● Menyelaras dan memberikan sokongan bagi permohonan lesen pekerja asing untuk pengusaha agrimakanan yang berdaftar;
● Mengurus dan menyelaras penyertaan pengusaha agrimakanan dalam Program Pasar Kitani, ekspo dan pameran yang dianjurkan oleh Jabatan, serta ekspo dan pameran yang dianjurkan oleh agensi lain di dalam dan luar negara; dan
● Mengurus penjualan bahan pembungkusan di bawah Skim Insentif Pembungkusan Industri Agrimakanan (SIPA).
UNIT PERKHIDMATAN TEKNIKAL DAN AKREDITASI INDUSTRI AGRIMAKANAN
PERANAN:
Menerajui peningkatan standard dan daya saing industri agrimakanan melalui pemantauan, khidmat nasihat teknikal serta pengukuhan amalan kebersihan, kualiti, keselamatan makanan dan pematuhan halal.
FUNGSI:
● Menyediakan khidmat nasihat berkaitan akreditasi dan pematuhan piawaian keselamatan makanan, termasuk LPD, GMP, HACCP serta Permit Halal MUIB;
● Menyediakan khidmat nasihat mengenai pensampelan produk bagi tujuan analisis mikrobiologi dan kimia;
● Menyediakan khidmat nasihat berkaitan pelan susun atur dan reka bentuk premis pengusaha agrimakanan tempatan bagi memenuhi keperluan peraturan dan amalan pengilangan yang baik untuk industri; dan
● Menyediakan khidmat nasihat mengenai pelabelan produk selaras dengan Akta Kesihatan Awam (Makanan), Penggal 182 dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
UNIT TEKNOLOGI PEMPROSESAN INDUSTRI AGRIMAKANAN
PERANAN:
Memperkasa pembangunan industri pemprosesan agrimakanan melalui inovasi pemprosesan dan pembungkusan, pembangunan kapasiti, pemindahan maklumat dan teknologi serta pengkomersialan produk bernilai tambah bagi meningkatkan daya saing dan pertumbuhan industri.
FUNGSI:
● Menyediakan khidmat nasihat berkaitan dengan teknologi pemprosesan produk agrimakanan dari segi mesin pemprosesan yang sesuai atau penambahbaikan proses aliran.
● Menyediakan khidmat nasihat mengenai bahan dan teknologi pembungkusan yang bersesuaian bagi produk agrimakanan;
● Memudahcara penyelarasan diantara pengusaha agrimakanan dengan pembekal-pembekal mesin pemprosesan dan pembungkusan;
● Menyelaras dan melaksanakan pembangunan produk baharu serta menyokong pengkomersialan produk agrimakanan bernilai tambah;
● Melaksanakan aktiviti pemindahan maklumat dan teknologi berkaitan pemprosesan agrimakanan kepada pengusaha agrimakanan serta orang awam yang ingin berkecimpung dalam industri agrimakanan; dan
● Menyelaras dan memberikan sokongan bagi permohonan pengecualian cukai ke atas mesin dan peralatan pemprosesan berskala besar.
SEKSYEN KEJURUTERAAN PERTANIAN
PERANAN:
Memperkukuh pembangunan sektor pertanian dan agrimakanan melalui perancangan, penyediaan dan penyelarasan infrastruktur serta fasiliti, yang cekap, berdaya tahan dan memenuhi keperluan industri.
FUNGSI:
● Menyelaras perancangan industri pertanian dan agrimakanan, serta pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur ladang dan kemudahan asas pertanian seperti jalan ladang, pengairan, saliran, bekalan air domestik dan elektrik di bawah peruntukan dan perbelanjaan Rancangan Kemajuan Negara (RKN);
● Menyelaras perancangan Jabatan, melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan, serta menaiktaraf semua infrastruktur dan kemudahan asas ladang termasuk bangunan-bangunan dan aset-aset di bawah kawalan Jabatan;
● Memberi khidmat nasihat teknikal, rekabentuk, perunding dan rujukan kejuruteraan bagi projek-projek teknikal kepada bahagian-bahagian serta unit-unit di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan;
● Merancang dan merangka anggaran peruntukan RKN dan perbelanjaan tahunan kewangan Jabatan bagi pelaksanaan kerja pembinaan dan pemeliharaan infrastruktur serta penyelenggaraan bangunan dan kenderaan;
● Menyelaras dan menyelia projek-projek pertanian yang dikendalikan oleh pihak JKR, DES dan lain-lain agensi merangkumi aspek perancangan, rekabentuk, penganggaran kos, dan pengurusan projek; dan
● Menyediakan perkhidmatan kenderaan/pengangkutan kepada unit-unit dan bahagian-bahagian di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.
UNIT PENGAIRAN DAN SALIRAN
PERANAN:
Menerajui pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian bagi memastikan penyediaan kemudahan asas yang menyokong pertumbuhan dan produktiviti sektor pertanian.
FUNGSI:
● Memudahcara pengusaha pertanian untuk memulakan operasi pertanian dan meningkatkan produktiviti dengan penyediaan infrastruktur asas, khusus sistem pengairan dan saliran di ladang-ladang; dan
● Memelihara dan meningkatkan sistem pengairan dan saliran di kawasan-kawasan kemajuan pertanian.
UNIT MEKANIKAL
PERANAN:
Memperkukuh pembangunan sektor pertanian melalui penyediaan perkhidmatan teknikal, mekanikal dan kemudahan asas (bekalan air domestik) yang menyokong kecekapan operasi serta produktiviti pertanian.
FUNGSI:
● Mengurus, melaksanakan dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pemeliharaan kenderaan, jentera ladang, mesin serta peralatan bagi memastikan aset mekanikal berada di dalam keadaan baik, selamat dan beroperasi dengan cekap; dan
● Merancang, menyelaras dan mengurus penyediaan serta penyelenggaraan kemudahan asas bekalan air domestik di kawasan kemajuan pertanian bagi memastikan kebolehfungsian dan kesinambungan perkhidmatan.
UNIT BANGUNAN
PERANAN:
Menerajui pengurusan dan penyelarasan perkhidmatan kejuruteraan bangunan bagi memastikan penyediaan, penyelenggaraan dan pembangunan kemudahan yang cekap dan berkesan.
FUNGSI:
● Merancang, mengurus dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan serta pemeliharaan bangunan dan kemudahan bagi memastikan aset berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi; dan
● Menyelaras pelaksanaan projek pembangunan, pembaikan dan naik taraf bangunan termasuk penyediaan keperluan teknikal serta kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan.
UNIT INFRASTRUKTUR DAN UTILITI LADANG
PERANAN:
Menerajui perancangan dan penyelarasan pembangunan infrastruktur serta kemudahan asas (jalan ladang dan elektrik) di kawasan pertanian bagi menyokong produktiviti dan pembangunan sektor pertanian.
FUNGSI:
● Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek penyediaan serta pembangunan kemudahan asas dan infrastruktur ladang melalui peruntukan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) dan peruntukan tahunan bagi menyokong pembangunan sektor pertanian;
● Mengurus, memantau dan melaksanakan kerja-kerja operasi, penyelenggaraan dan pemeliharaan infrastruktur ladang termasuk sistem jalan ladang dan bekalan elektrik bagi memastikan kebolehfungsian dan kesinambungan perkhidmatan; dan
● Menyelaras penambahbaikan, naik taraf dan pengurusan teknikal infrastruktur ladang dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memenuhi keperluan kawasan-kawasan kemajuan pertanian.
Perkhidmatan-Perkhidmatan di bawah Bahagian
Unit Pasaran Dan Pengembangan Industri Agrimakanan
- Permohonan Pendaftaran Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) Makanan Tempatan
- Pengesahan Permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) Pengusaha Agrimakanan
- Perkhidmatan Konsultasi, Bimbingan Dan Nasihat Teknikal
- Permohonan Pembelian Bahan Pembungkusan Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan (SIPA)
- Pengutipan Data-Data Hasil Pengusaha Agrimakanan
Unit Perkhidmatan Teknikal dan Akreditasi Industri Agrimakanan
- Perkhidmatan Nasihat Pensampelan Produk Bagi Pembangunan Panel Nutrisi
- Perkhidmatan Nasihat Pelabelan Produk Mengikut Akta Kesihatan Awam (Makanan) – Bab 182
- Perkhidmatan Nasihat Pelan Susun Atur Bagi Premis Pengusaha Agrimakanan Tempatan
Unit Teknologi Pemprosesan Industri Agrimakanan
- Perkhidmatan Nasihat Teknologi Pembungkusan
- Perkhidmatan Nasihat Teknologi Pemprosesan
Tatacara permohonan latihan untuk orang ramai
- Permohonan secara bertulis kepada Pengarah Pertanian dan Agrimakanan.
- Permohonan di alamatkan kepada:
Pengarah Pertanian dan Agrimakanan
Jalan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama,
Berakas, BB 3510
Permohon akan dihubungi untuk penentuan jadual latihan
![Logo KEPI [Malay]](/wp-content/uploads/2026/07/Logo-KEPI-Malay.png)
