Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan

* Untuk memuat turun dokumen lengkap anda boleh klik di sini

Tujuan dan Matlamat

Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan atau lebih dikenali dengan sebutan SIPA yang disalurkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan adalah bertujuan bagi membantu dan mendokong para pengusaha/peladang memajukan dan meningkatkan lagi industri pertanian dan agrimakanan di dalam menyumbang kepada ekonomi negara.

Matlamat SIPA ini adalah dihasratkan sebagai penggerak dan penggalak kepada para pengusaha/peladang bagi mencapai dan memantapkan pengeluaran hasil pertanian dan agrimakanan yang berkualiti tinggi, berdaya saing secara berterusan serta mampu berdikari dalam jangka masa panjang.

Objektif

Di antara objektif-objektif SIPA adalah:

    • Meningkatkan pengeluaran sektor pertanian melalui penawaran tapak-tapak Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) di seluruh daer
    • Menyediakan kemudahan asas dan input pertanian bagi mendokong operasi perusahaan pengusaha/peladang untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti yang akan meningkatkan  pendapatan, khususnya melalui penggunaan teknologi dan inovasi dalam sektor pertanian;
    • Membantu penglibatan pengusaha/peladang untuk lebih kompetitif/berdaya saing dan berdaya tahan dalam sektor pertanian dan agrimakanan khususnya dari aspek kos permulaan perusahaan sehingga dapat mandiri dan progresif;

    • Menarik pengusaha/peladang untuk menceburi bidang pertanian dan agrimakanan, dan seterusnya menjadikan industri pertanian dan agrimakanan sebagai bidang kerjaya yang menjana pendapatan khususnya golongan belia; 
    • Memberikan khidmat nasihat dan latihan serta menggalakkan pemindahan teknologi di dalam sektor pertanian dan agrimakanan ke arah meningkatkan produktiviti dan hasil keluaran berkualiti produk pertanian; dan 
    • Menggalakkan penyertaan pelaburan tempatan dan pelaburan langsung asing yang progresif di dalam sektor pertanian dan agrimakanan.

Kategori SIPA

Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan terbahagi kepada dua (2) kategori utama, iaitu Insentif Keperluan Asas dan Insentif Keperluan Khusus (Industri Tanaman dan Industri Agrimakanan).

1. Insentif Keperluan Asas

Kategori ini menyediakan kemudahan-kemudahan dalam bentuk tapak-tapak perusahaan yang dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti sumber bekalan air domestik utama, sumber bekalan tenaga elektrik utama, dan jalan utama.

2. Insentif Keperluan Khusus

Kategori ini menyediakan kemudahan-kemudahan dalam bentuk bahan-bahan *input pertanian ataupun peralatan-peralatan tertentu bagi membantu meringankan sebahagian daripada perbelanjaan pengusaha-pengusaha pertanian dan agrimakanan.

Nota:

*Input pertanian ataupun peralatan-peralatan tertentu adalah tertakluk kepada ketersediaan (availability) mengikut jenis-jenis industri pertanian dan agrimakanan yang diusahakan dan ianya diperbantukan secara **harga subsidi.

**Harga subsidi adalah mengikut harga yang telah ditetapkan iaitu lazimnya sebanyak ***50% daripada harga tawaran oleh pihak pembekal input pertanian ataupun peralatan-peralatan tertentu kepada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan yang dilaksanakan secara tawaran terbuka.

***Dasar pemberian harga subsidi sebanyak 50% adalah berdasarkan kepada Rancangan Kemajuan Negara 1986-1989, Bantuan Harga Padi.

 

Bagi Keterangan Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut, pengusaha dan peladang boleh menghubungi:

Unit Kemajuan Pertanian Daerah Brunei Muara
Blok B2, Spg  362, Kg Limpaki
Jalan Mulaut Masin
Daerah Brunei Muara
Tel No: 824 9889 (telefon sahaja)
812 5175 (Whatsapp sahaja)

Unit Kemajuan Pertanian Daerah Tutong
Stesen Kemajuan Pertanian Birau
Kg Birau, Jln Kuala Abang,
DaerahTutong
Tel No: 7391716

Unit Kemajuan Pertanian Daerah Belait
Projek Kemajuan Pertanian Sg Liang
Spg 907, Seria Lumut Bypass
Daerah Belait
Tel No: 3230338

Unit Kemajuan Pertanian Daerah Temburong
Kg Puni, Jalan Ujung Jalan,
DaerahTemburong
Tel No: 8179456

Unit Perkhidmatan Industri Agrimakanan        
Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei,
Kilanas
Tel No: 2671985

Unit Pengurusan Tapak Pertanian
Ibu Pejabat Pertanian dan Agrimakanan
Lapangan Terbang Lama Berakas
Bandar Seri Begawan

Unit Pengurusan Maklumat dan SIPA
Ibu Pejabat Pertanian dan Agrimakanan
Lapangan Terbang Lama berakas
Bandar Seri Begawan
Tel No: 2388054
 
Email: sipa@agriculture.gov.bn
Website: http://www.agriculture.gov.bn

Disclaimer

Garispanduan ini akan direbiu dari masa ke semasa bila diperlukan.