Fungsi Bahagian
Seksyen Kemajuan Industri Padi
- Memantau prestasi ladang-ladang padi bagi memastikan produktiviti serta keluaran padi mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik Jabatan.
- Memastikan benih padi yang berkualiti dapat dibekalkan kepada peladang-peladang padi.
- Memberikan khidmat nasihat berkenaan pengurusan tanaman padi kepada peladang.
- Menganjurkan program-program peningkatan kapasiti dalam teknologi pengeluaran padi bagi peladang serta kakitangan Jabatan melalui platform Rice Farmers Field School.
- Melaksanakan program penyelidikan Padi bagi mengenalpasti varieti-varieti padi baru berhasil tinggi sejajar dengan strategi peningkatan padi negara.
- Mengenalpasti kawasan-kawasan padi baru bagi meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara.
Seksyen Perkhidmatan Kesihatan Tanaman
- Memberikan khidmat kepakaran diagnostik dan pencaman musuh perosak tanaman.
- Memberikan khidmat nasihat pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman yang bersesuaian termasuk pengurusan musuh perosak bersepadu (Integrated Pest Management – IPM).
- Memberikan khidmat nasihat kesesuaian tanah, kesuburan tanah, nutrien tanaman dan pengurusan pembajaan untuk tujuan penggunaan dan peningkatan produktiviti ladang.
- Memberikan perkhidmatan analisis kimia makmal bagi sampel tanah, daun tanaman, kualiti baja, larutan nutrien dan air daripada ladang-ladang pertanian di negara ini.
- Memberikan khidmat latihan dan pemindahan teknologi kepada peladang/orang ramai/penuntut mengenai dengan musuh perosak tanaman, serta sains tanah dan nutrien tanaman.
- Merancang dan meneliti keperluan pembelian racun kimia pertanian dan baja kimia bagi Program Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan (SIPA), serta peralatan dan bahan kimia makmal dan ladang.
- Memberikan kepakaran teknikal (dari segi racun kimia pertanian dan baja) bagi Program Pemantauan dan Akreditasi Amalan Perladangan Baik Brunei (Brunei GAP).
- Membuat kajian bagi peningkatan pengawalan bersepadu musuh perosak tanaman, serta ujian asas kesuburan tanah dan nutrien tanaman.
- Menyediakan garis panduan serta risalah-risalah mengenai musuh perosak tanaman, serta tanah dan nutrien tanaman.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti diagnostik mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penyakit tanaman.
- Memberikan khidmat kepakaran dan khidmat nasihat bagi pencaman dan pengawalan penyakit tanaman kepada peladang-peladang di Negara Brunei Darussalam.
- Mendukung pembangunan dan perkembangan industri tanaman dalam meningkatkan hasil pengeluaran dan mengurangkan kerugian akibat serangan penyakit untuk memastikan pengeluaran hasil yang optimum, berkualiti, selamat dan kos efektif.
- Menerima sampel komoditi tahanan dan menjalankan kerja-kerja pencaman penyakit tanaman.
- Memberi taklimat dan pemindahan teknologi mengenai penyakit tanaman serta kaedah-kaedah yang bersesuaian kepada, peladang, pengusaha dan pegawai dan kakitangan Jabatan.
Perkhidmatan-Perkhidmatan di bawah Bahagian
Seksyen Perkhidmatan Kesihatan Tanaman
- Perkhidmatan diagnostik dan khidmat nasihat bagi musuh perosak tanaman.
- Perkhidmatan diagnostik dan khidmat nasihat bagi penyakit tanaman.
- Perkhidmatan analisis sampel tanah, baja kimia dan organik, daun tanaman, larutan nutrien dan pengairan ladang.

