Khamis, 25 Jun 2026 – Taklimat Mengenai Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Terjadi Kecurian di Ladang, telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Unit Kemajuan Pertanian Daerah Belait, khusus bagi pengusaha-pengusaha pertanian di Daerah Belait. Taklimat ini telah berlangsung di Pusat Biodiversiti Hutan Tropika, Andulau.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Inspektor Hamdan Mantul, Pegawai Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei. Turut hadir ialah Penguasa Balai Polis Sungai Liang.

Taklimat ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta menerangkan tindakan yang perlu diambil oleh para pengusaha pertanian apabila berlaku kecurian di ladang, terutamanya pada musim buah-buahan. Seramai 30 orang pengusaha telah menghadiri taklimat ini.