SIARAN AKHBAR
PENSIJILAN BRUNEI PESTICIDE FREE
Bandar Seri Begawan, 14 Muharram 1448H / 30 Jun 2026M
Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (KEPI), melalui Jabatan Pertanian dan
Agrimakanan (JPAM) mengumumkan mengenai pelancaran Pensijilan Brunei Pesticide
Free — satu skim jaminan kualiti negara yang bertujuan mengesahkan_serta
mempromosikan penghasilan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan yang ditanam
tanpa penggunaan racun kimia.
. Pensijilan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Negara Brunei Darussalam dalam memastikan standard keselamatan makanan yang tinggi, menyokong
pembangunan pertanian yang mampan, serta meningkatkan keyakinan pengguna
terhadap hasil tanaman tempatan.
. Di bawah skim pensijilan ini, ladang dan tapak pengeluaran akan melalui penilaian yang
menyeluruh, merangkumi amalan penanaman, pengurusan ladang, sistem pemantauan
serta pengendalian lepas tuai. Hanya ladang yang memenuhi syarat yang ditetapkan akan
diperakui dan layak menggunakan label rasmi “Brunei Pesticide Free” pada produk
mereka.
. Pensijilan ini juga bertujuan bagi membuka peluang pasaran baharu kepada para peladang tempatan melalui peningkatan nilai komersial, penjenamaan nilai tambah serta
daya saing yang lebih tinggi berbanding produk import.
. Selain itu, pensijilan ini turut memberi manfaat kepada pengguna dengan menyediakan jaminan bahawa produk yang dipilin adalah bebas daripada penggunaan racun kimia,
sekaligus menyumbang kepada pilihan pemakanan yang lebih selamat, sihat dan
berkualiti. Pensijilan ini juga meningkatkan ketelusan rantaian bekalan serta memudahkan
pengguna membuat pilihan yang lebih yakin terhadap hasil tempatan.
. Jabatan Pertanian dan Agrimakanan menggalakkan para peladang dan pengusaha untuk
memohon pensijilan ini dan bersama-sama menyumbang ke arah peningkatan standard
serta kualiti sektor pertanian Negara Brunei Darussalam.
. Bersama ini dikongsikan logo rasmi pensijilan serta tatacara permohonan untuk rujukan.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut atau ingin mendapatkan borang permohonan pensijilan,
para peladang dan pengusaha bolehlah menghubungi pihak Jabatan melalui emel
pesticide. free@agriculture.gov.bn
-TAMAT-
Dikeluarkan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Pertanian dan Agrimakanan
Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Negara Brunei Darussalam
Tarikh : 14 Muharram 1448H / 30 Jun 2026M

