Hari Sabtu, 1 Ogos 2026 – Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Unit Kesihatan Awam Veterinar (Analitik dan Survelans) dan Seksyen Makmal Veterinar telah melaksanakan Latihan Pemeriksaan Daging bertempat di Makmal Veterinar , KKP Terunjing.

Latihan ini diketuai oleh Yang Mulia Dr. Siti Nurdiyana binti Haji Abdul Kadir, Ketua Unit Kesihatan Awam Veterinar (Analitik dan Survelans).

Latihan berkenaan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pegawai dan kakitangan dalam menjalankan pemeriksaan daging, khususnya dalam pengenalpastian organ dalaman serta pengesanan tanda-tanda penyakit. Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan bagi memenuhi keperluan pengeksportan produk daging.

Jabatan turut merakamkan penghargaan kepada Syarikat PHMN Farm and Abattoir atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan latihan berkenaan.