Sabtu, 08 Ogos 2026 – Taklimat Mengenai Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Terjadi Kecurian di Ladang, telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Unit Kemajuan Pertanian Daerah Brunei dan Muara, khusus bagi pengusaha-pengusaha pertanian di Daerah Brunei Dan Muara. Taklimat ini telah berlangsung di Dewan Simpor, Pusat Agribisnes Rimba.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Inspektor Hamdan Mantul, Pegawai Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei. Turut hadir ialah wakil daripada balai polis Daerah Brunei & Muara.

Taklimat ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta menerangkan tindakan yang perlu diambil oleh para pengusaha pertanian apabila berlaku kecurian di ladang, terutamanya pada musim buah-buahan. Seramai 36 orang pengusaha telah menghadiri taklimat ini.