Hari Selasa hingga Khamis, 10hb. – 13hb. Ogos 2026
Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Seksyen Kemajuan Industri Agrimakanan, Bahagian Industri Agrimakanan dan Perkhidmatan Kejuruteraan dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning Centre, L3C) telah melaksanakan Bengkel Pemprosesan Makanan yang telah diadakan di Bilik Dapur, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), Lambak Kanan.
Seramai 15 orang peserta telah menyertai bengkel tersebut. Objektif utama bengkel ini adalah untuk menarik minat kalangan belia dalam menceburi bidang pemprosesan agrimakanan dan memberi persediaan asas bagi pengusaha sedia ada.
Bengkel ini juga telah mengundang fasilitator yang terdiri juga dari golongan belia iaitu Puan Ummi Fakhrina Haji Talipudin dari Air Tangan Ummi Bakery bagi tunjukcara produk bakeri, dan Puan Ezza Anwar dari Syarikat As Sehha Group dalam mengongsikan pengalaman dalam perniagaan dan memberi motivasi kepada peserta.
Peserta bukan sahaja mempelajari kaedah asas pembuatan makanan, malah turut didedahkan dengan topik-topik seperti peluang perniagaan, amalan kebersihan baik, maklumat pembungkusan, analisis kos, dan lain-lain aspek penting.
