Majlis Perasmian Expert Advisory Program on Hybrid Rice Breeding and Seed Production in Brunei Darussalam telah diadakan pada hari Sabtu, 24 Ogos 2026. Program tersebut dilaksanakan di bawah bantuan teknikal daripada Kerajaan Republik Rakyat China dan diungkayahkan bersama dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan selama satu tahun bermula 18 Ogos 2026 hingga 17 Ogos 2027 di Negara Brunei Darussalam. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kapasiti dan kepakaran tempatan dalam bidang pembiakbakaan padi dan pengeluaran padi hibrid.

Program ini adalah merupakan sebahagian daripada kerjasama berterusan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China dalam bidang pertanian. Melalui kerjasama ini, adalah dihasratkan agar inisiatif Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri untuk meningkatkan produktiviti padi di Negara Brunei Darussalam dapat diperkukuhkan, khususnya di kawasan ladang-ladang berpengairan dan tadahan hujan melalui penggunaan varieti-varieti padi hibrid yang unggul dan berhasil tinggi bagi memastikan kedayatahanan industri padi di negara ini.