Sabtu, 29 Ogos 2026 – Taklimat Mengenai Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Terjadi Kecurian di Ladang, telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Unit Kemajuan Pertanian Daerah Temburong, khusus bagi pengusaha-pengusaha pertanian di Daerah Temburong. Taklimat ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Bumiputra.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Inspektor Hamdan Mantul dan L/Kpl 5674 Mohammad Meraji bin Shamsudin daripada Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei. Turut hadir ialah Inspektor Bakrie Asmie daripada Balai Polis Bangar Daerah Temburong.
Taklimat ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta menerangkan tindakan yang perlu diambil oleh para pengusaha pertanian apabila berlaku kecurian di ladang, terutamanya pada musim buah-buahan. Seramai 35 orang telah menghadiri taklimat ini.
