Majlis Penyampaian Hadiah bagi Peraduan Mewarna yang telah dijalankan sempena Hari Terbuka Jabatan Pertanian dan Agrimakanan 2026 telah berlangsung pada pagi Ahad, 30 Ogos 2026, sempena acara Pesta Buah bertempat di Dewan Melati, Pasar Kitani, Pusat Agribisnes Rimba.

Aktiviti kreatif ini merupakan salah satu pengisian program yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi kemeriahan Hari Terbuka berkenaan, di samping menjadi platform untuk mempromosikan inisiatif Jabatan serta vendor-vendor berkaitan, menggalakkan penglibatan golongan muda, serta memupuk kesedaran awam mengenai pembangunan dan potensi sektor pertanian serta agrimakanan negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Pihak Jabatan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa, penjaga serta orang awam, atas sokongan dan kehadiran bagi memeriahkan lagi acara Hari Terbuka berkenaan.