Hari Rabu 14 Oktober 2026 – Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah mengadakan Kursus Latihan Interpretasi Had Maksimum Residu (MRL) bagi Racun Pertanian kepada para pegawai & kakitangan dari Brunei Darussalam Food Authority (BDFA), yang telah disampaikan oleh YM Adi Lisea binti Mohd Addly & YM Norkhadijah binti Hj Latip, dari Jawatankuasa MRL Pertanian.

Para peserta kursus berkenaan terdiri daripada 14 orang pegawai & kakitangan dari BDFA, dan 2 orang pegawai dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam memahami, mengakses dan mentafsir Had Maksimum Residu (MRL) racun pertanian berdasarkan piawaian kebangsaan dan antarabangsa bagi menilai pematuhan residu, dalam memastikan keselamatan hasil komoditi pertanian kepada pengguna.