21 Oktober 2026, Hari Rabu | Dewan Muhibbah, Jalan Lapangan Terbang Lama
Program workplace and health (WAH) bagi perkhidmatan awam anjuran Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan diadakan selama 2 hari bermula 20 hingga 21 Oktober, pada pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan diteruskan pada pukul 2 petang hingga 4.30 petang.
Program bertempat di Dewan Muhibbah, Jalan Lapangan Terbang Lama.
Program ini merangkumi pemeriksaan kesihatan bagi semua pegawai dan kakitangan dari warga kerajaan serta bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat di tempat kerja.
