Bengkel Kebangsaan bagi Penubuhan Kerangka Pengurusan Bahan Kimia Kebangsaan telah diadakan pada 3 November 2026 dan akan berlangsung selama 3 hari dari 3 November 2026 hingga 5 November 2026, melibatkan penyertaan dari 20 agensi berkepentingan. Majlis pembukaan rasmi disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Harris bin Brigadier General (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap (Industri), Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (KEPI).

Bengkel ini dianjurkan oleh Kementerian selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kimia, dengan sokongan Kesatuan Eropah melalui Chemical, Biological, Radiological, and Nucleur (CBRN) Centres of Excellence, bagi memperkukuhkan penyelarasan dan pengurusan bahan kimia di peringkat kebangsaan.