Hari Selasa hingga Khamis, 19hb. – 21hb. Mei 2026

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Seksyen Kemajuan Industri Agrimakanan, Bahagian Industri Agrimakanan dan Perkhidmatan Kejuruteraan dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning Centre, L3C) telah melaksanakan Bengkel Pemprosesan Makanan yang telah diadakan di Bilik Dapur, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), Lambak Kanan.

Seramai 20 orang peserta telah menyertai bengkel tersebut. Objektif utama bengkel ini adalah untuk menarik minat orang ramai dalam menceburi bidang pemprosesan agrimakanan dan memberi persediaan asas bagi pengusaha sedia ada dan yang berpotensi.

Peserta bukan sahaja mempelajari kaedah asas pembuatan makanan, malah turut didedahkan dengan topik-topik seperti peluang perniagaan, amalan kebersihan baik, maklumat pembungkusan, analisis kos, dan lain-lain aspek penting.