Rabu, 02 September 2026 – Taklimat Kepentingan Pengambilan Data Hasil Pengeluaran Pertanian, telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Unit Kemajuan Pertanian Daerah Belait dengan kerjasama Unit Dasar dan Pengurusan Maklumat, khusus bagi pengusaha-pengusaha pertanian di Daerah Belait. Taklimat ini telah berlangsung di Pusat Biodiversiti Hutan Tropika, Andulau.
Taklimat ini telah disampaikan oleh YM Dyg Rokiah binti Bair, Ketua Unit Dasar dan Pengurusan Maklumat dan YM Dk Norfatimawaty binti Pg Haji Ibrahim, wakil daripada Unit Kemajuan Pertanian Daerah Belait.
Taklimat ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai pencapaian hasil pengeluaran pertanian di Daerah Belait serta mengongsikan impak pentingnya pengambilan hasil pengeluaran sebagai solusi menangani isu-isu yang berkaitan. Seramai 40 orang pengusaha telah pun dijemput untuk menghadiri taklimat ini.
