Bagaimana cara untuk memohon tapak pertanian bagi aktiviti penanaman sayur/buah/pelbagai tanaman/florikultur?
Orang ramai yang berminat boleh mengisikan borang permohonan tapak pertanian dan menghadapkannya dengan kertas kerja projek tanaman berserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke Unit Pengurusan Tapak Pertanian di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jalan Muhibbah, Airport Lama, Bandar Seri Begawan.
Bagaimana cara untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi industri tanaman?
Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat dengan menghubungi Bahagian Industri Tanaman di talian +673 247 0400 untuk sebarang pertanyaan atau membuat temu janji dengan pegawai dan kakitangan Bahagian Industri Tanaman.
Apakah program/kursus/latihan yang dikendalikan di bawah Bahagian Industri Tanaman?
Bahagian Industri Tanaman:
- Program Pendedahan Belia-Belia Yang Berpotensi Untuk Menceburi Bidang Pertanian Berteknologi Tinggi
Unit Kemajuan Industri Buah:
- Kursus Asas Tanaman Buah-Buahan
- Kursus Asas Pemeliharaan Buah-Buahan
- Kursus Asas Pembiakan Tanaman
Unit Kemajuan Industri Sayur:
- Bengkel Latihan Penanaman Lada dan Tomato Bersistem Fertigasi
Unit Kemajuan Industri Florikultur:
- Kursus Pembiakan Tanaman Hiasan
Unit Kawalan Kualiti dan Keselamatan Tanaman:
- Pengendalian Lepas Tuai Buah/Sayur
- Rumah Pembungkusan
- Penggredan Hasil Ladang
- Pengendalian Lepas Tuai Padi
- Persediaan Pasaran
Dimanakah pejabat Bahagian Industri Tanaman dan unit-unit dibawahnya?
Bahagian Industri Tanaman / Unit Kemajuan Industri Buah / Unit Kemajuan Industri Sayur:
- Pejabat Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku, Daerah Brunei Muara
Unit Kemajuan Pertanian Luar Bandar / Unit Kemajuan Industri Pelbagai Tanaman / Unit Kawalan Kualiti dan Keselamatan Tanaman:
- Pejabat Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku, Daerah Brunei Muara
Unit Agribisnes Tanaman:
- Pusat Urusniaga Hortikultur Rimba, Gadong
Adakah Bahagian Industri Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar (BITPV) masih menjalankan rawatan haiwan kesayangan?
Pihak Jabatan tidak lagi menjalankan rawatan veterinar dan memberikan perkhidmatan kepada pihak swasta iaitu pakar-pakar veterinar dari klinik veterinar swasta. Pihak Jabatan bertanggungjawab dalam pendaftaran dan perlesenan pakar veterinar dan berperanan sebagai pengawalselia bagi perkhidmatan veterinar.
Bagaimanakah orang awam boleh mengimport haiwan kesayangan atau ternakan hidup?
Unit Kesihatan Awam Veterinar dan Pengurusan Import Haiwan yang terletak di KKP Tungku Bangunan Pertanian dan Agrimakanan adalah bertanggungjawab dalam pengurusan import permit bagi haiwan kesayangan dan ternakan hidup.
Bagaimanakah orang awam boleh mengimport ubat-ubatan haiwan kesayangan dan bolehkah antibiotik di import oleh penternak?
Unit Kesihatan Haiwan dan Kawalan Penyakit yang terletak di KKP Terunjing Bangunan Jabatan Pertanian dan Agrimakan (Bangunan BITPV) adalah bertanggungjawab dalam pengurusan import permit bagi ubat-ubatan vetererinar. Bagi perubatan antibiotik, hanya pakar veterinar yang berlesen yang sah diberikan kebenaran untuk pengimportan dengan peranan dalam khidmat nasihat akan pengunaan dalam pemeliharaan (prescribed).

