
📢 TAWARAN UNTUK BERNIAGA DI PUSAT HORTIKULTUR RIMBA, GADONG
Jabatan Pertanian dan Agrimakanan mempelawa orang ramai yang berminat untuk menjalankan kegiatan penjualan tanaman hiasan, semaian serta input pertanian yang berkaitan di pondok/petak jualan Pusat Hortikultur Rimba, Gadong.
📅 Tarikh Akhir Pembelian Borang: 23 November 2026
📅 Tarikh Akhir Penghantaran Borang: 7 Disember 2026, sebelum jam 3.00 petang.
📍 Borang boleh didapati di Unit Pengurusan Tapak Pertanian, Ibu Pejabat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Berakas.
Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR pada poster atau hubungi 8893390.
